Sunday, April 27, 2014

Anda takut makan sayur??

If fear of pesticides prevent you from eating plants, that's a real concern. According to WHO, 1.7 million of the world's deaths a year can be attributed to low fresh fruit and vegetable consumption. 


Rd March'14

Friday, April 18, 2014

Li Ka Shing menunjukkan kepada kita bagaimana cara untuk membeli rumah dan kereta dalam masa 5 tahun


Adakah anda kenal siapakah dia orang yang bernama Li-Ka Shing sebelum saya menulis tips yang disampaikan. Sir Ka-shing Li adalah:
1. Seorang usahawan yang menjadi contoh, pelabor dan seorang yang deramawan. 
2. Dilahirkan pada 29 Julai 1928 dan kini berusia 85 tahun, dilahirkan di Chaozhou, China yang terletak di barat daerah Guangdong. 
3. Menurut Bloomberg Billionaires Index, sehingga 7 Oktober 2013, beliau merupaka seorang yang terkaya di Asia dengan jumlah kekayaan sebanyak $28.8 billion, 
4. Bukan daripada seorang yang mewarisi kekayaan, tetapi seorang yang bijak mengambil peluang.

Anda boleh baca biodata Li Ka-Shing ini menurusi wikipedia ataupun google.

Li Ka-Shing berkongsi kepada kita bagaimana cara menjana kekayaan, plan mengambil masa 5 tahun ini cukup untuk merubahkan diri anda.

1. Andaikan pendapatan bulanan anda adalah RM2,000. Letakan duit anda kepada 5 bahagian.  PertamaRM600 kedua adalah RM400, ketiga RM300, keempat RM200 dan kelima RM500.

2. Yang Pertama RM600 dibuat untuk perbelanjaan kehidupan. Gunakan duit ini untuk kehidupan yang simple mungkin, sebagai contoh letakan cuma RM20 sehari. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang murah. Anda tidak akan mendapat lebih manfaat jika pada usia muda anda mengalamkan makanan yang sihat.

3. Yang Kedua RM400, adalah untuk rakan-rakan anda dan sosial. Bil Hp anda termasuk internet boleh diletakan RM100 sebulan. Dan anda membelanjakan 2 rakan anda makan tengah hari RM150 sebulan. Anda belanja orang yang lebih kaya daripada anda dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman ataupun orang yang mbanyak membantu dalam kerjaya anda. Pastikan anda melakukan ini setiap bulan. Selepas satu tahun anda akan mendapat kawan-kawan yang berkualiti dan berguna untuk anda. Reputasi anda, cara anda, cara kehidupan anda juga akan berubah. 

4. Yang ketiga RM300 digunakan untuk membeli buku. Bila anda beli buku, jangan beli sahaja, bacalah dari kulit ke kulit. Ambil segala pengajaran daripada buku anda beli. Ceritakan apa yang anda baca ini kepada mereka yang anda jumpa. Setiap kali anda berkongsi dengan rakan-rakan anda, anda akan menambahbaikan kredibiliti anda. Bila anda sudah ada duit yang banyak dan lebih simpanan, cuba untuk sertai seminar untuk memotivasikan diri. Kerana anda bukan sahaja menjadi seorang yang lebih sempurna tetapi anda juga dapat berkawan dengan mereka-merreka yang sentiasa berfikiran positif untuk memajukan diri anda.  


5.  Yang ke-empat. Gunakan RM200 untuk bercuti. Berikan ganjaran kepada anda, atas usaha anda. Paling kurang setahun sekali. Gunakan cara "backpack" untuk menikmati percutian ini. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan. Jika anda bercuti, anda akan lihat bagaimana "culture" orang-orang lian. dan anda akan lebih berfikiran terbuka.



6. Yang kelima, RM500 digunakan untuk pelaburan pmasa depan anda. Dan daripada RM500 ini gunakan untuk membina membina bisness  kecil-kecilan, contoh paling mudah adalah online business. Buat business kecil-kecilan dahulu, jika anda kerugian, anda tidak mengalmi kerugian yang besar. Bila anda dapat menjana keuntungan dengan duit anda. anda akan lebih yakin dengan dunia perniagaan. Saya juga pernah mendapat keuntungan daripada perniagaan online secara kasar rm2000 sebulan. Jangan buat pinjaman dahulu. Bila ada lebih daripada keuntungan anda, buat lagi dengan pelaburan jangka masa panjang sebagai contoh insurans, investment on property ataupun pelaburan saham. Daripada rm500 ini anda gunakan untuk pelaburan kewangan anda. Walaupun satu hari nanti anda dibuang kerja disebabkan ekonomi meleset, kewangan anda tidak akan banyak berubah. 

Selepas setahun anda masih dengan pendapatan RM2000 sebulan, anda bukan seorang yang berguna. Anda perlu malu dengan diri anda. Ataupun, selepas 2 tahun pendapatan anda meningkat menjadi RM3000 sebulan, anda perlu lagi bekerja keras. Anda perlu buat sikit kerja "part-time". Buat sales memang sukar, tapi adalah cara terbaik untuk anda menjana pendapatan dan anda akan belajar banyak "skill". 

Masalah bila raya, gunakan duit anda untuk beli pakaian dengan sedikit. Beli pakaian yang banyak dan mahal, bila anda sudah kaya.  Belikan hadiah untuk keluarga anda dan begitahu cadangan untuk kewangan anda. Beritahu "goal" anda kepada keluarga anda, tunjukkan effort anda. Sebab itu kita kene begitahu dengan semua orang apa yang kita hendak iaitu membeli kereta dan rumah dalam masa 5 tahun. Jangan fikir negatif, fikir positif terhadap perkara yang kita ingin mereka tahu. Salah seorang pengacara terkenal semalam juga menceritakan kepada saya bahawa isteri dia sangat terharu apabila dia dihadiahkan pakaian berharga RM150 kerana sebelum ini dia cuma membeli pakaian di Hari-Hari. Buat masa ini, jadikan Hari-Hari sebagai gedung pakaian anda. 

Kekalkan kehidupan yang sihat jika anda mempunyai pendapatan lebih. 

Kita boleh corakkan kehiduapan kita, kerjaya kita boleh plan (nak jadi apa, lepas jadi ni nak jadi apa..), Kegembiraan kita boleh jangka. Mulakan plan anda sekarang, kerana bila anda miskin, anda akan selalu keluar bekerja berbanding duduk dirumah, dan bila anda kaya kelak, anda lebih berada di rumah berbanding keluar bekerja, sebab duit bekerja untuk anda. Jika anda tidak berubah, sampai bila anda hendak sentiasa keluar bekerja?

Bila anda berkehidupan susah, baik dengan orang lain, bukan baik bersebab. Jangan terlampau BERKIRA dengan duit yang ada dipoket. Kerana bila anda sudah kaya, anda akan menjadi contoh. Bila anda tidak berduit, simpan duit yang orang mudah melihat. Dan bila anda kaya, jangan menunjuk. Hanya simpan duit untuk diri anda.

Untuk orang muda, anda tidak perlu takut jadi Miskin, cuma anda kene tahu bagaimana anda menjual diri anda dengan kata lain, menjadikn diri anda lebih menyerlah. Anda perlu tahu cara menguruskan kehidupan dan kewangan anda. Sementara anda masih belum anda tanggungan yang tinggi. 

Tidak kira berapa banyak anda dapat, asingkan duit anda kepada 5 bahagian, maintain keadaan fizikal anda kepada yang terbaik. Banyakan guanakan duit anda untuk sosial, yang anda boleh pelajari sesuatu daripada mereka. 


Terima Kasih Li Ka-Shing, dengan tips ini yang dapat dikongsikan bersama anda. Tips ini sangat praktikal jika anda baru mulakan kerjaya. Dan saya tahu sukar untuk mereka yang telah överspending, tetapi try buat sesuatu untuk mejana pendatapan anda, supaya anda boleh bahagikan pendapatan anda mengikut yang Li Ka-Shing cadangkan. 


Terima Kasih kerana membaca.

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
Wealth Planner
Prudential BSN Takaful Sdn Bhd
Tel : 019 27 17 006
Email : khairul@thetakaful.com

sumber : http://e27.co/li-ka-shing-teaches-buy-car-house-5-years/
google : Li Ka-Shing di internet jika anda ingin mengetahui lebih tentang die 



Monday, April 7, 2014

Ciri-ciri bagaimana mengatahui bahawa sesuatu benda itu boleh di insurankan atau tidak

Assalamualaikum

1. Ramai ingin mengetahui dengan saya adakah barang yang dibeli itu boleh diinsuranskan atau tidak, adakah sesuatu majlis yang dijalankan itu boleh diinsurankan atau tidak, dan saya pernah mendengar orang hendak meletakkan perlindungan insurans terhadap ternakan ikan beliau.

2. Syarikat insurans lazimnya memberikan perlindungan insurans kepada risiko yang nampak secara jelas. 

3. Ciri-ciri risiko yang boleh dipindahkan (risiko yang dijamin)

i. Risiko yang ingin dipindahkan perlulah dalam satu kumpulan yang banyak yang bakal menerima risiko yang hamir sama, tetapi ttidak semestinya dalam satu identiti. Yang penting adalah pendedahan kepada risiko sesuatu perkara tersebut adalah sama. 

ii. Kerugian tersebut hendaklah secara kebetulan dan berlaku secara tidak sengaja. Secara mudah, perkara tersebut hendaklah tidak dijangka, tidak dapat di lihat oleh pihak yang mengambil risiko pampasan dan juga diluar kawalan mereka yang memindahkan risiko.

iii. Kerugian itu haruslah di ketahui secara jelas waktu, masa, sebab, tempat dan jumlah kerugian. 

iv. Jangan perkara yang besar itu berlaku sekali gus. Daripada ciri pertama, risiko hendaklah dalam kumpulan yang besar. tetapi jika satu kumpulan besar itu menghadapi satu kerugiaan yang sama, ini akan mendatangkan masalah bagi syarikat insurans untuk mebayar pampasan. Oleh itu dalam kuantiti yang banyak, hendaklah perkara tersebut tidak boleh berlaku sekali gus. 

v. Premium yang mampu dibayar, maksudnya dalam pengiraan yang diamalkan, perkara tersebut hendaklah murah dan tidak membebankan. Sebagai contoh, untuk memiliki medical card anda perlu membayar sebanyak RM90 sebulan, untuk mendapatkan perlindungan sebanyak RM500,000 dalam tempoh seumur hidup. 

4. Daripada 5 perkara ini, diguna pakai utuk mengenal pasti bahawa sesuatu perkara itu secara logik boleh diinsuranskan ataupun tidak. 


Terima Kasih

Wassaalam

khairul anwar abu mansor
khairul@thetakaful.com

Sumber : Principle risk management and insurance (11th edition) ; George E. Rejda. 


Wednesday, April 2, 2014

5000 Pesakit buah pinggang setiap tahun


1. 28,000 pesakit buah pinggang berada dalam tahap kritikal
2. peningkatan jumlah pesakit kira-kira 5,000 orang setiap tahun
3. Faktor berkait, kencing manis (58%) , darah tinggi, penggunaan ubat tidak mengikut kaedah betul dan jangkitan kuman. 
4. Punca kencing manis 20% berusia 30 tahun dan 15% berusia 18 tahun.