Sunday, January 26, 2020

2019-Co-V Wuhan Coronavirus . penyakit yang menular, namun ada cara pencegahan

Ada yang bertanya kepada saya, 

Kenapa apabila datangnya virus 2019-nCOV nie rakyat dan dunia sudah kelam kabut. Sebelum ini ada juga virus-virus yang boleh menyebabkan kematian, tetapi kita cuma biasa sahaja. Contoh HIV.

Jawapan saya mudah sahaja, cara penyebaran pada virus 2019-nCOV ini adalah melalui udara, seperti batuk (hasilnya airliur). Namun, tidak perlu risau, virus ini bukan bertebaran di udara seperti mana anda lihat di video-video. Cuma elakkan bersentuhan dengan mereka yang telah terkena dengan 2019-nCOV ini. Berbeza dengan HIV, HIV ini juga adalah virus, tetapi HiV daripada genome berbeza dengan 2019-nCOV ini. HiV tidak merebak melalui sentuhan. 

Menurut, Centre for Disease Control and Prevention (CDC). Kebanyakkan manusia akan berjangkit dengan coronavirus ini cuma, keadaan yang berlaku tidak teruk dan boleh dirawat. Contoh penyakit daripada coronavirus ini ialah, pneumonia dan bronchitis. Menurut mereka lagi, wabak ini boleh berjangkit daripada manusia yang telah dijangkiti dengan cara
- Udara ( virus merebak daripada batuk ataupun bersin)
- ada sentuhan sesama lain ( daripada salam)
- anda telah bersentuh dengan objek yang mempunyai virus (daripada tisu, ataupun benda yang di pegang oleh mereka yang dijangkiti), kemudian anda pegang mata, hidung ataupun mulut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. 
- Buangan najis mereka yang telah dijangkiti. Namun perkara ini amat rare!

Sebelum ini anda pernah dengan MERC-COV kan, semuanya sama sahaja cara pencegehan nya dan sintom mereka yang berjangkit dengan penyakit ini. iaitu 
- demam
- batuk
- susah untuk bernafas




Asal penyakit ini bukan daripada manusia, manusia bukan pembawa kepada virus ini sebenarnya, berdasarkan kajian awal yang telah dibuat, mereka mendapati bahawa penyakit ini daripada kelawar, kemudian kelawar tersebut telah di makan oleh ular, kemudian kepada manusia. Jangan terkejut bahawa di pasar basah di Wuhan, ada menjual daging-daging ular. Oleh itu, virus ini juga mencari keadaan yang sesuai (mutasi) untuk boleh hidup, walaupun berada di setiap badan yang berlaianan. Kajian ini berdasarkan kandungan protein pada 2019-nCOV virus ini sama dengan protein terdapat pada ular. 

2019-nCOV ini buat masa sekarang tiada vaksin yang sesuai, atau tiada perubatan yang sesuai. Namun jangan risau, manusia mempunyai kekuatan antibody untuk merawat penyakit, sebelum pihak berkuasa menghasilkan antibody yang sesuai terutamanya kepada mereka yang telah dijangkiti penyakit ini.  

Menurut laporan, kadar kematian akibat 2019-nCOV ini juga sebenarnya rendah berbanding mereka yang dijangkiti penyakit ini. Dan menurut laporan daripada WHO as per Januari 24 2020, 26 kematian dicatatkan berbanding 912 mereka yang dijangkiti. Dan kematian dlapurkan ada kaitan dengan penyakit-penyakit sebelum ini. Menjadikan mereka yang mempunyai penyakit berkaitan dengan paru-paru lebih berisiko berbanding mereka yang sihat dan terkena wabak ini.