Saturday, March 6, 2021

Kos pengurusan jenazah RM1,100 - dan cara untuk membuat penjimatan




Kos kematian
anggaran antara 1,000 sehingga 1,500 (meninggal dalam kawasan)
Alhamdulillah
Seorang muslim tidak perlu menyediakan kos yang besar selepas kematian, jika hendak melakukan kenduri tahlil selepas itu, hendaklah menggunakan duit waris, ataupun duit derma yang diberikan. Tetapi tidak wajib bagi keluarga untuk membuat demikian. Utamakan kepentingan waris yang ditinggalkan dahulu.
Masih ramai ke antara kita yang masih ingat mati itu adalah percuma? Jika anda seorang warganegara dan mempunyai saudara mara, sudah tentu ada saudara mara anda yang membantu anda dalam pengkebumian jika anda meninggal dunia. Jika hidup sebatang kara? Saya tak boleh cakap apa. Itulah kepentingan hidup bermasyarakat di dunia ini.
Mati guna duit khairiat. Duit khairat adalah untuk mereka yang memberi sumbangan khairat secara tahunan ataupun secara bulanan mengikut kariah masing-masing. Jika anda sendiri tidak pernah ke masjid kariah anda, kenapa bertanya berkenaan dengan khairiat kematian.
Pampasan takaful? perlu dituntut oleh waris, jika tiada waris siapakah yang menuntut? (jawapannya syarikat amanah, jika di amanahkan). Tapi mengambil sedikit masa untuk proses tuntutan.
Apa yang hendak saya sampaikan, masuklah khairat kematian di kawasan kariah anda. Bukan hanya bertujuan untuk pengurusan jenazah anda, ianya dapat membantu pihak masjid untuk menguruskan jenazah daripada peserta khairat kematian yang lain juga.
Ingat mati bukan percuma, janganlah hidup sebatangkara di dunia, hiduplah secara bermasyarakat.
Khairul Anwar
019 271 7006