Thursday, December 16, 2021

Apakah marad al-mawt,? Waktu yang hibah boleh dibatalkan.




Ciri-ciri marad al-mawt, - Penyakit berakhir dengan kematian, penyakit menjadikan seorang tidak waras, penyakit serious, penyakit itu derita berterusan tidak lebih 1 tahun.
Akad hibah yang berlaku ketika penghibah berada dalam keadaan marad al- mawt tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:
a) Hibah yang diberikan kepada bukan waris penghibah hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada harta peninggalan si mati (penghibah) kecuali lebihan itu mendapat keizinan daripada waris-waris penghibah.
b) Pemberian hibah tidak sah kepada waris penghibah kecuali dengan izin waris-waris yang lain.
c) Pemberian hibah yang berbeza-beza penerimanya dalam kalangan bukan waris ketika marad al-mawt hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 dan sekiranya pemberian tersebut berlaku pada waktu yang sama ia dikira mengikut nisbah pemberian kecuali mendapat keizinan daripada waris-waris penghibah. Namun sekiranya pemberian tersebut berlaku pada waktu yang berbeza dan kadarnya melebihi 1/3 daripada harta peninggalan penghibah, maka penerima yang awal berhak ke atas pemberian tersebut dengan kadar 1/3 dan pemberian ke atas penerima kedua atau seterusnya adalah terbatal melainkan mendapat keizinan waris-waris penghibah.

Bahagian Faraid, Suami kepada Isteri dan anak perempuan




Kes Suami / ayah meninggal hanya meninggalkan isteri dan anak perempuan.
Suami telah kehilangan ayah dan emak serta tiada adik beradik yang lain. ATAUPUN seorang mualaf dimana tiada seorang antara saudar kandungnya yang lain memeluk islam.
Andaikata harta terkumpul yang ditingglkan si suami adalah RM1,000,000 setelah di tolak daripada jumlah hutang yang ditinggalkan.
Jika Isteri lebih daripada 1, bahagian isteri perlu dibahagikan kepada bilangan isteri
Jika anak permpuan lebih daripada 1, jumlah yang akan dikira hendaklah dibahagikan mengikut jumlah anak perempuan.
Bahagian untuk baitulmal tidak boleh diganggu gugat kerana, hak baitulmal tetap hak baitulmal.
Kes begini, jika ada rumah yang telah habis cagaran ataupun dalam tempoh pinjaman dan mempunyai MRTT (Mortgage Reducing Term Takatul), yang anda beli melalui BANK. anda boleh membuat dokumen hibah harta.
Walaupun anda berwasiat sekali pun, hak BAITULMAL tetap hak BAITULMAL. kecuali anda telah dokumentasikan untuk membuat hibah dua hala.
Pernah anda kira siapakah penerima #faraid anda?
Pernah anda kira berapa ringgit yang ditinggalkan kepada mereka?