Wednesday, May 15, 2019

Pneumococcal Vaccine, tidak wajib tapi ambillah!

Sahabat, yang mempunyai anak kecil, pernah dengar berkenaan dengan Vaksin Pneumokokal (Pneumococcal Vaccine). 
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang agen dan sahabat saya, saya hari ini berkongsi berekenaan dengan Pneumokokal. 
Kenapa? Kerana kadar kematian dan penyakit akibat pneumokokal adalah paling tinggi di Afrika dan Asia. Kerana, sintom ini sangat mirip dengan demam atau selsema biasa. Sukar dikesan. Ia boleh menyebabkan jangkitan kritikal kepada : 

1. Radang paru2
2. Meningitis
3. Sepsis
4. Sinusitis
5. Otitis Media

Penting ke vaksin ini?
Penting kerana dapat mencegah rangkaian jangkitan-jangkitan pneumokokal, terutamanya pada bayi 2 tahun ke bawah. Kerana kesan daripada penyakit ini boleh menyebabkan kanak-kanak yang normal mengalami terencat mental, pekak, lembam dan paralisis untuk jangka masa panjang. 
Bila boleh ambil vaksin ini?
Seawal usia 6 minggu/2bulan dan boleh juga di ambil pada usia kanak-kanak. 
Bersama sedekahkan Alfatihah kepada anak kecil ini
Muiz Zikri Bin Mohamad Fikri
Anak kecil kepada Mohamad Fikri & Hafizah Aziz
Semoga tenang di sana, membawa ibu dan bapanya ke syurga kelak

Saya bukan Dr, tapi agent Takaful. Penyakit sekarang jangan di ambil remeh terutamanya untuk masa depan anak-anak.