Sunday, August 30, 2020

Pastikan tiada buih pada air kencing anda.


Kenapa orang cakap, jangsn sampai air kencing kita berbuih. Kerana kencing berbuih ini adalah tanda2 kerosakan pada buah pinggang. Kenapa kita promote istilah ini. Sebab, jika anda menghidap penyakit buah pinggang, majorinya adalah kerana "lifestyle" anda sendiri. 

Faktor pemakanan adalah faktor yang paling besar penyebab kepada kerosakan buah pinggang. Dua sebab itu berlakunya kerosakan buah pinggang adalah kerana kencing manis (diabetes) dan darah tinggi ( high blood pressure). 

Kerosakan buah pinggang boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik yang lain iaitu lemah jantung. Anda juga adalah orang yang mudah mendapat penyakit. 

Bagaimana cara untuk mengelak daripada terkena sakit buah pinggang?

1. Ambil ubat mengikut dos yang dibenarkan. Jangan ambil ubat terlampau banyak tanpa mendapatkan nasihat doktor. terutama ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen. 

2. Kekalkan berat badan yang unggul. 

3. Tinggalkan tabiat merokok

4. Dapatkan nasihat Doctor, jika penyakit anda boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. 


Friday, August 28, 2020

AKAUN KELDAI - STRATEGI

Assalamulaikum wbt



Akaun Keldai, pernah dengar tak? 

Post kali ini adalah supaya kalian tidak tertipu dengan apa yang disitilah sebagai akaun keldai. 

Apakah itu akaun keldai?

Iaitu akaun bank yang digunakan oleh orang lain tanpa disedari ataupun seara sukarela oleh pemilik akaun tersebut bagi mendapatkan habuan mahupun dengan cara npenipuan untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyelahi undang-undang. 

Adakah anda salah seorang golongan sasaran

Katakan ya jika anda merupakan seorang suri rumah, penganggur, pelajar ataupun seorang warga emas. 

Strategi bagaimanakah mereka gunakan?

1. Tawaran yang lumayan untuk membuka akauan atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga.

2. Modus operandi dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai cara bagi mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa. Mangsa dikehendaki menyerahkan nombor PIN kad ATM sebagai syarat diterima bekerja. 

3. Terdapat juga AHLONG (peminjam wang tidak berlesen) memperdaya peminjam untuk menyerahkan akaun bank mereka sebagai cagaran. Namun pada hakikatnya, pihak lain yang akan menggunakan akaun tersebut sebagai akaun keldai. 


Tips untuk elak menjadi mangsa akaun keldai 

1. Lindungi maklumat kad ATM dan maklumat perbankan anda. Dan tidak berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain. 

2. Lapor jika kehilangan kad ATM kepada bank ataupun penyalahgunaan akaun bank anda. 

3. Jangan membuat pemindahan wang kepada orang yang tidak dikenali. Dan juga jangan ada kaitan apa-apa dengan mereka. 


Thursday, August 27, 2020

Kepelbagaian Pelaburan - Menurut Islam

 Islam juga mengajar kita untuk membuat keperbagaian sebagai salah satu cara untuk mengurangkan risiko. Firman Allah swt dalam surah Yusof ayat 67 bermaksud



Kepelbagaian dalam pelaburan akan mengurangkan risiko. Tujuan dia bukan untuk merugikan tetapi adalah untuk memaksimakan keuntungan pelaburan. Kebanyakan pelabur profesional bersetuju bahawa, walaupun kepelbagaian pelaburan ini bukan boleh memberi kepastian untuk pelaburan kita lupus, tetapi harus kita tahu bahawa kepelbagaian ini adalah pekara yang sangat penting untuk pelaburan jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko pelaburan. 

Monday, August 10, 2020

3 unsur pekerjaan hati utama membentuk sifat zuhud

Assalamaualaikum


Selamat Pagi, 




hari ini saya hendak kongsikan kepada daripada apa yang saya baca semalam. iaitu ada 3 unsur pekerjaan hati utama yang membentuk sifat zuhud iaitu:

1. Hendaklah kita lebih banyak mengharap dan lebih percaya terhadap kekuasaan dan anugerah yang dimiliki Allah daripada potensi  yang kita miliki sendiri. 
2. Apabila seseorang menerima musibah, hendaklah dia menjadikan musibah ini sebagai sandaran bagi mendapatkan pahala daripada Allah dan tidak menyesalinya. 
3. Hendaklah hati kita tetap tulus ketika menerima pujian atau cercaan ketika langkah kita berada di jalan yang benar. 

Sumber rujukan daripada buku Indahnya Akhlak Rasulullah s.a.w, yang di tulis oleh Ustaz abdul mun'im al hasyimi.


Harap saya sharing saya hari nie dapat mnenjadi permulaan yang baik kepada anda pada hari Isnin ini

#takaful 
#zuhud
#motivasi

Saturday, August 8, 2020

Keuntungan Pelaburan Yang Sebenar (Series 1)



Series 1 ini, saya kongsikan satu ilmu pelaburan

duit kepada anda supaya anda dapat simpan duit anda dengan baik. 

Post ini mesti panjang berjeler. 
Nanti ada rezeki saya videokan. 

Berapakah jumlah simpanan anda selepas 30 tahun jika anda menyimpan sebanyak RM300 sebulan. 

Jawapan dia mudah :
RM300 x 12 = RM3,600.00 x 30 (tahun) = RM108,000.00

Jika anda simpan dan anda dapat pulangan keuntungan lebih daripada RM108,000 adakah ia satu keuntungan?

Jika Ya, sebenarnya anda silap. Jawapan saya salah

Satu faktor yang patut anda ambil tahu adalah inflasi. 
Kecuali jika anda dapat pastikan harga sebungkus nasi lemak berharga seringgit hari ini kekal sehingga 30 tahun akan datang. 

so berapa purata inflation rate? katakan 3% sahaja. 
Sebenarnya 
[HP 100bII+] financial calculator press
End Mode
0 (PV)
RM300x12 (PMT)
30(N)
3% (I/YR)
(FV) = 171,271.50

Jika pelaburan anda boleh lebih daripada 171,271.50 bermakna pelaburan anda baru tak rugi, bawah daripada itu keuntungan pelaburan anda dikira rugi. 

Ini adalah anggaran, kat mana banchmark dia, ada pada inflation rate yang dikeluarkan oleh report daripada BNM. 

Saya tunjukkan kepada anda bagaimana seorang yang bijak ini memilih tempat yang smart untuk invest.

katakan die untung pelaburan 5% setahun
so jumlah keuntungan beliau berubah kepada = RM239,179.85

Jika dia pula, just simpan untuk 20 tahun sahaja. 
kemudian 10 tahun akan berjalan sendiri 
RM193,898.73
(still lagi tinggi daripada jumlah pelaburan berlawan dengan purata inflasi)

Katakan 20 tahun pertama untung pelaburan 10.3%
Jumlah untung pelaburan dia menjadi 213,347.86
Tetapi jika 10 tahun die biar sendiri, tetapi untung pelaburan 5% sahaja. so nilai simpanan die menjadi RM347,521.18

So berganda tak jika anda betul2 faham berkenaan dengan ilmu keuntungan pelaburan ini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya bila-bila masa.