Friday, February 28, 2014

Harta Pusaka Dalam Islam

oleh : khairul anwar bin abu mansor
Harta pusaka dalam Islam ialah semua harta atau hak yang bersifat harta yang dimiliki oleh seseorang yang ditinggalkannya pad masa kematiannya. Sumber utama hukum pusaka ialah al-Quran, as-sunnah dan ijma' Sahabah. Hukum harta pusaka yang tertulis sekarang adalah lengkap dan sangat komprehensif untuk manfaat semua pewaris harta.
Pembahagian harta pusaka dalam Islam lazim didengari dengan istilah Faraid yang bermaksud dari segi bahasa menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.  dan dari istilah syarak, adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagian kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll) menurut hukum Islam.
Namun sangat penting untuk pewaris harta, bahawa harta yang dibahagikan hendaklah DITOLAK segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenerkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 daripaada jumlah harta).
Harta  yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah
1. Tanah
2. Bangunan (rumah)
3. Barang kemas
4. Pampasan Takaful dan Wang tunai (samada dilaburkan atau tidak)
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan sebagainya.
Cara Pembahagian Harta Pusaka
1. Menyusun waris keluarga yang berhak menerima pusaka.
2. Meniliti golongan Ashabul-Furud (mereka yang mempunyai pembahagian yang ditetapkan). dan golongan yang Mahjid (waris gantian)
3. baki daripada (2) diberikan kepada golongan Asabah (golongan yang menerima baki setelah semua golongan yang (2) mendapat bahagian.  Asabah terdiri daripada 3 jenis
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
Golongan Ashabul Furud 
1. Ahli waris utama
(a) suami, isteri
(b) bapa
(c) Ibu
(d) anak perempuan
2. Ahli waris gantian
(a) bapa kepada bapa (gantian kepada bapa)
(b) ibu kepada ibu (menggantikan ibu)
(c) anak perempuan kepada anak lelaki simati (menggantikan anak lelaki)
3. Ahli waris sisi (hawasyi
(a) Waris sisi yang menjadi turunan kepada bapa, iaitu saudara lelaki/perempuan. Saudara lelaki/perempuan, iaitu seibu sebapa atau seibu/sebapa.
(b) golongan ini walaupun dalam golongan ashabul Furud, namun ia terkeluar sebagai penermia harta apabila terdapat bersama simati ahli waris lelaki yang berhubung nasab di peringkan golongan yang pertama dan kedua.
Golongan Asabah
Terdapat 3 golongan asabah
1. Asabah binafsih (asabah dengan diri sendiri )
2. Asabah bil-ghairi (asabah bersama dengan orang lain)
3. Asabah mall ghairi (asabah berserta dengan orang lain)
Tertib Asabah binafsih.
1. anak lelaki (AL)
2. cucu lelaki (CL)
3. cicit lelaki (CTL) dan kebawah4. bapa5. datuk dan keatas6. saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)7. saudara sebapa lelaki (SBL)
8. anak saudara seibu sebapa lelaki (ASIBL)
9. anak saudara sebapa lelaki (ASBL)
10. cucu saudara seibu sebapa lelaki (CSIBL)11. cucu saudara sebapa lelaki (CSBL)
12. bapa saudara seibu sebapa (BSSIB)
13. bapa saudara sebapa (BSSB)14. anak bapa saudara seibu sebapa lelaki (sepupu SIB)
15. anak bapa saudara sebapa lelaki (sepupu SB)16. cucu bapa saudara seibu sebapa lelaki (anak sepupu SIBL)17. cucu bapa saudara sebapa lelaki (anak sepupu SBL)18. datuk saudara seibu sebapa19. datuk saudara sebapa20. anak datuk saudara seibu sebapa lelaki (pak sepupu SIB)21. anak datuk saudara sebapa lelaki (pak sepupu SB) dan seterusnya waris-waris lelaki yang berketurunan sebelah bapa.
Dalam Asabah bil-gharir, bermakna seseorang itu mendapat asabah apabila simati ada meninggalkan waris lelaki dan perempuan yang sama darjat, dimana bahagian meereka telah ditetapkan iaitu bahagian lelaki dua kali bahagian perempuan. Empat golongan yang menerima asabah jenis ini
- anak lelaki dan anak perempuan
- cucu lelaki dan cucu perempuan
- saudara seibu sebapa lelaki dan saudara seibu sebapa perempuan
- saudara sebapa lelaki dan saudara sebapa perempuan.
Jenis yang terakhir iaitu Asabah beserta dengan orang lain bermakna waris wanita tertentu iaitu saudara seibu sebapa perempuan atau saudara sebapa perempuan menjadi asabah apabila simati ada meninggalkan bersertanya anak perempuan atau cucu perempuan dengan syarat tidak ada saudara seibu sebapa lelaki atau saudara sebapa lelaki yang mengasabahkan saudara perempuan tersebut menjadi asabah bil ghairi.
Mereka yang menajadi asabah jenis ini terdiri daripada
- Saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)
- Saudara sebapa perempuan (SBP).
Hanya satu golongan Asabah sahaja yang mesti wujud dalam golongan faraid. dan mestilah mengikut tertib seperti mana yang saya tertulis pada tertib Asabah binafsih.


Saturday, February 15, 2014

Ubat-ubatan yang mengandungi Alkohol? adakah haram seperti minimuman beralkohol?

Assalamualaikum kami ingin berkongsikan satu keeliruan daripada rakyat Malaysia berkenaan dengan ubat-ubatan yang mengandungi alkohol. Info ini kami copy&paste daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sebarkan kepada semua,

1470063_669683166415589_1149092336_n
 

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Rujuk - http://www.e-fatwa.gov.my/

Wednesday, February 5, 2014

No-go for quirky insurance request, - thestar 5 Februari 2014



For Malaysian, batter buy life insurance policy first. 

Mengajar anak menyimpan untuk anak dan kita juga simpan untuk pendidikan anak? Sampai bila PERLU kita buat.

Ramai sekaranag anak-anak membesar dengan keadaan ibu dan bapa yang berkelulusan tinggi, terima kasih dengan sistem pendidikan di negara kita. Ibu bapa yang berkelulusan tinggi sudah tentu adalah seorang yang bijak yang memikir nasib anak mereka untuk jangka masa yang panjang,

TAHNIAH SAYA UCAPKAN

Ibubapa yang mempunyai pengalaman mengunakan pinjaman contohnya, PTPTN terutamanya di kolej-kolej swasta sudah tentu bekerja keras supaya dapat mengumpulkan sebahagian daripada wang pendapatan mereka untuk menampung sebahagian ataupun keseluruhan kos pengajian terutamanya pada peringkat universiti. Mereka pasti tidak mahu situasi membayar balik pinjaman pelajaran ada pada anak mereka.

Untuk ibubapa yang mampu memikirkan anak mereka sehingga tahap sebegini, anda memang seorang yang sangat hebat. 

Kalau kita lihat sekarang apakah kaedah yang digunakan oleh pakai sebagai ibubapa kita ataupun kita sebagai ibu bapa untuk menyimpan perbelanjaan kita untuk simpanan pendidikan anak-anak.

Pertama dengan meletakkan sebahagian daripada wang pendapatan kita untuk pendidikan anak kita, Berapa? adakah RM50 sebulan ataupun RM1,000 sebulan. Jumlah ini adalah bergantung, di manakah tempat yang kita hendak anak kita belajar samada di Rusia untuk perubatan, Mesir untuk syariah dan Usuluddin serta perubatan, Korea untuk engineering ataupun IPTA di sekitar Malaysia sahaja. Mungkin jika 18 tahun akan datang ada lagi  banyak biasiswa yang dikeluarkan untuk menampung kos pelajaran di luar negara? Jika tiada? adakah impian kita untuk melihat anak kita berjaya ataupun impian mereka untuk berjaya akan tergendala?

Sekarang ini, ada ibu bapa yang menggunakan kaedah hartanah sebagai wang pelaburan untuk pendidikan anak mereka, apabila anak mereka hendak belajar di luar negara dan tidak ada biasiswa kelak, ibu bapa bersedia untuk menjual hartanah itu untuk menanggung kos pelajaran anak mereka. Ini adalah satu kaedah yang ada beberapa orang yang saya jumpa menggunakannya. Tapi bukannya rumah yang mereka duduk sekarang, hartanah itu seperti tanah untuk pertanian yang dipajakkan, rumah yang disewakan ataupun lot kedai yang disewakan.  Kaedah ini adalah berisiko, tetapi boleh mendatangkan keuntungan dan pulangan simpanan yang panjang, bergantung kepada banyak faktor.

Saya tidak banyak dapat memberikan idea, yang penting permulaan anda pada hari ini, berapakah jumlah daripada pendapatan anda yang anda sanggup berkorban untuk pendidikan tahap ketiga anak anda?


Apabila kita berfikir cara ini, kita mungkin terfikir lagi bagaimana jika kita sebagai ibu bapa diambil nyawa atupun tidak mampu bekerja? Adakah kita menggunakan pampasan yang kita ada untuk menampung balance simpanan yang diperlukan untuk menampung pendidikan anak kita. Kisah yang saya sentuh selepas ini adalah kisah yang menarik. dan idea yang terbaru yang dapat anda gunakan. 



Bagaimana strategi simpanan pendidikan anak untuk kemasukan ke Universiti yang saya cadangkan.
1. Gunakan konsep don't put an egg on the same basket maksud saya agihkan wang yang akan digunakan untuk simpanan pendidikan anak anda.
2. Simpan sebagai Fix deposit, pemebelian hartanah ataupun melalui takaful.


Yang menariknya, bagaimana PruBSN Takaful dapat menjadikan jumlah simpanan yang anda tetapkan untuk pendidikan universiti anak anda satu rialiti.

1. Simpanan di PruBSN adalah simpanan yang dapat diteruskan walaupun ibubapa mengalami kematian, hilang upaya kekal dan sakit kritikal.
2. PruBSN menawarkan "parent income benefit", yang bermaksud PruBSN akan memberikan sumbangan berkala secara bulanan sehingga usia pemilik sijil 25 tahun jika ibubapa mengalami sakit kritikal, hilang upaya kekal ataupun kematian. Jumlahnya tidak melebihi 2/3 daripada pendapatan ibubapa.


Saya suka kaedah kedua berkenaan dengan Parent Income Benefit dimana, manfaat ini adalah manfat yang sangat terbaik dapat diberikan oleh sesebuah pengendali takaful. Jumlah sumbangan secara berkala secara bulanan ini dapat dijadikan sebagai penganti kepada "duit belanja" yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak mereka.