Tuesday, April 16, 2024

Dokumen tambahan permohonan PruBSN Takaful bagi syarikat

 


Membuat permohonan takaful bagi syarikat dan individu ada perbezaan dia. Untuk permohonan takaful syarikat ini ada perbezaan dia, mereka perlukan pelbagai lagi dokumn tambahan untuk di tandatangani oleh pihak syarikat. 

Untuk rakan-rakan agent, bagi memudahkan kerja anda, saya sediakan senarai dokumen yang diperlukan oleh PruBSN supaya anda tidak asik minta tandatangan sahaja. 

Terima kasih

#prubsn #prudential #fatca #takaful #syarikat 

Saturday, July 22, 2023

FINANCIAL MISTAKES to avoids.



Financial mistakes can have serious consequences and may impact your long-term financial well-being.
Remember that everyone makes mistakes, but learning from them and taking steps to avoid repeating them can help you improve your financial situation over time. If you find yourself facing financial challenges, consider seeking guidance from a financial professional to create a plan that aligns with your goals and circumstances.

Monday, July 17, 2023

Melatih Anak Menyimpan

 


Tips dari saya untuk MELATIH ANAK MENYIMPAN




1. Bermain olok-olok membuka kedai dan restoran.
2. Sentiasa menasihati anak untuk simpan duit ditempat yang Selamat.
3. Ajar anak kecil untuk simpan dan menjana pendapatan
4. Berbincang dengan anak berkenaan kepentingan simpan duit dan duit kecemasan.
5. Bersama dengan anak berbincang mengenai simpanan jangka masa pendek untuk aktiviti keluarga.
6. Melatih anak supaya tidak mudah mendapatkan sesuatu. 
7. Melatih anak untuk berusaha untuk mendapatkan duit. 

Selamat mencuba kepada semua parent-parent. 

Thursday, September 8, 2022

Hibah Amanah TH - ketahui sebelum tandatangan dan melaksanakan


 Ini berkaitan dengan Hibah Amanah. Hibah ini ada pelbagai ketegori, tidak semua hibah mempunyai masalah yang sama. Ia sebenarnya bergantung kepada perjanjian yang telah tertulis dalam dokumen Hibah.

1. Dalam Terma dan Syarat Hibah Amanah Tabung Haji ada tertulis. "Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah yang akan dibayar kepada waris Penerima Hibah Amanah dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga apabila membuat tuntutan."

2. Namun sebenrnya pemberi Hibah Amanah masih ada pilihan semasa menandatangani perjanjian hibah amanah itu sendiri. iaitu berdasarkan syarat
"Pemberi Hibah Amanah diberi pilihan sama ada ingin membuat Hibah Amanah TH secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan ke atas wang simpanannya di TH (‘Harta Hibah Amanah’)"

3. Pindaan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup.

4. Pemberi Hibah perlu bijak untuk membahagikan harta hibahnya dan berniat wang tersebut sudah diberikan kepada si penerima hibah. Disarankan penerima hibah tersebut hendaklah di kenal pasti dahulu siapakah sebenarnya yang layak menerima Hibah ini agar tidak tersinggung perasaan penerima faraid.

5. Perlu diingatkan penamaan hibah tidak boleh di batalkan jika penerima hibah sudah meninggal dunia, perlu mendapat persetujuan daripada penerima faraid si penerima hibah (ayah) terlebih dahulu.

6. Jangan takut kepada faraid, cuma kami berpendapat tujuan hibah ini boleh diberikan kepada anak angkat yang tidak akan dapat apa-apa bahagian daripada faraid si pemberi hibah ataupun kepada anak-anak perempuan yang jumlah harta fariadnya yang telah ditetapkan. Dapat mereka merasakan sesuatu yang ditinggalkan oleh mereka yang disayangi.

Harap kalian dapat belajar sesuatu

Khairul Anwar
019 271 7006

Thursday, September 1, 2022

Tips untuk kurangkan jadi pelupa

 Saban hari kita sering bercakap "Eh aku lupa la..." "sorry aku lupa" sebagai satu alasan untuk mendapat belas ehsan rakan kita. Samada rakan kita percaya ataupun tidak, kami tidak pasti. Sebab banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi mereka untuk mempercayai kata-kata yang kita lemparkan. 

Saya share kepada anda bagaimana cara untuk jadi seorang yang cekap dan tidak mudah lupa

1. Hentikan buat dua kerja dalam satu masa

Bermakna, jika anda mendengar, anda jadi seorang pendengar yang baik. Jika anda sedang memandu, tumpukan pemandauan anda. Ada satu research yang menunjukkan bahawa orang yang membuat dua kerja dalam satu masa ini, sebenarnya lagi perlahan tindakan kerjanya berbanding dengan seorang yang fokus satu kerja dalam satu masa. 

2. Dapatkan rihat, tidur yang secukupnya

Apabila otak anda sudah penat, sudah tentu anda tidak dapat terima lagi input baru. Jawapannya dapatkan rehat yang cukup, tidur. Waktu petang, bersenam sikit dan kurangkan pengambilan makanan bergula dan juga caffien di waktu malam. 

3. Tulis jangan type ataupun simpan dalam gamabr

Semasa kita menulis, kita merangsang otak kita untuk mengigat apa yang kita tulis. Tulis nota sendiri. Jika anda boleh paham nota anda, jangan lupa untuk sampaikan.