Friday, June 19, 2015

Berapakah Jumlah Insurans anda dilindungi PIDM

Assalamualaikum,

Mesti anda pernah dengar iklan PIDM di dalam siaran radio, tv mahupun melihatnya di akhbar. Kerajaan, telah menubuhkan satu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil takaful dan insurans terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak sekiranya sesebuah ahli penginsuran mengalami kegagalan dan ahli penginsurans tersebut tidak dapat memenuhi tuntutan manfaat takaful atau insurans yang layak.

Anda mengetahui bahawa anda pengendali takaful anda, iaitu Prudential BSN Takaful Berhad adalah salah sebuah pengendali takaful yang merupakan ahli PIDM.

Berapakah jumlah pampasan yang diberikan oleh PIDM kepada anda jika pengendali takaful mengalami kegagalan?

Jadual satu adalah jawapanya


Justeru itu, anda tidak perlu risau dengan kehilangan manfaat takaful anda. Jika anda risau berkenaan ini, anda perlu lebih risau jika hari ini anda tidak mempunyai apa-apa perlindungan takaful. 

untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari laman web PIDM (klik disini)