Friday, August 19, 2016

Co-Takaful dalam Perlindungan Takaful

Jika anda diberi pilihan untuk memilih pelan kad perubatan yang membayar yuran perubatan sepenuhnya ataupun anda perlu membayar sedikit daripada kos perubatan apabila anda di tahan di wad. Mana satu pilihan anda?

Pengendali takaful mempunyai statistik bahawa kebanyakkan peserta takaful memilih pelan kad perubayan yang melindungi penuh kad perubatan. Walaupun anda terpaksa membayar lebih daripada kos perubatan anda.

Faktor ini didorong juga dengan nasihat agen-agen takaful kepada peserta untuk memilih kad perubatan yang melindungi penuh kos perubatan. Ini adalah kerana mentaliti sebahagian daripada peserta takaful menyatakan bahawa jika mereka sudah bayar takaful, adakah perlu kami membayar lagi bil perubatan ini, pihak takaful perlu membayar.

Ko-takaful bermakna perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful. Seringkali diingatkan bahawa pengendali takaful berbeza mempunyai syarat ko-takaful yang berbeza. Jumlah ko-takaful adalah mengikut jumlah yang tertulis dalam sijil takaful anda. Sebagai contoh, pengguna kad Takaful Health 2 daripada Prudential BSN Takaful mengenakan ko-takaful sebanyak 10%, antara RM300-RM1000 untuk rawatan dalam hospital, manakala maksimum RM2000 untuk rawatan luar. Manakala Health Enrich mempunyai ko-takaful sebanyak 10% antara RM400-RM2000, untuk rawatan dalam hospital, manakala maksimum RM2000 untuk rawatan luar hospital. Tetapi, tiada ko-takaful dikenakan jika anda melakukan rawatan dialisis ataupun kanser.

Untuk kad perubatan terbaru daripada PruBSN iaitu Health Enrich+, istilah deduktibel digunakan. Diduktibel pernah digunakan dalam kad perubatan Takaful Health 2. Deduktibel bermaksud, peserta takaful perlu membayar jumlah yang tetap seperti mana dalam perjanjian polisi, sebagai contoh RM300.00 setiap kemasukan ke hospital bagi Health Enrich+.

Anda sebagai pengguna ingin memilih kad perubatan yang sesuai dengan budget anda, kad perubatan mana yang anda harus pilih?

Ko-takaful, ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan kad yang memberi perlindungan penuh. Pilihan ko-takaful ini amat bersesuaian jika seseorang itu mempunyai lebih daripada dua kad perubatan. Satu kad perubatan daripada plan yang lama atau kad perubatan daripada pengendali takaful yang lain, atau kad perubatan yang diberikan oleh majikan tempat anda bekerja. Kerana, jumlah yuran perubatan yang tidak dilindungi boleh dibayar oleh pengendali takaful yang lain. Dan ia bergantung kepada syarat kad perubatan kedua anda.

Ko-takaful bersesuaian, jika tujuan anda untuk memiliki kad perubatan ini adalah untuk tujuan kecemasan dan melindungi penyakit-penyakit, yang anda sendiri tidak mampu untuk mengeluarkan duit daripada kocek anda untuk membayar kos perubatan. Tetapi anda mampu membayar sebahagian daripada kos perubatan dengan jumlah yang tidak besar. Dan lazimnya, jika anda sihat pada hari ini, anda tidak mengalami apa-apa sakit kritikal tetapi anda takut pada masa hadapan ataupun perkara kecemasan, k0-takaful adalah pilihan anda yang tepat.

Jikalau anda lebih teliti, sesetengah takaful mempunyai perbezaan harga yang tinggi diantara ko-takaful dan perlindungai penuh. Sebagai contoh, jika anda memiliki kad ko-takaful anda perlu memberi sumbangan tahunan sebanyak rm3600 sahaja. Tetapi, jika anda memilih kad yang mempunyai manfaat yang sama tetapi perlindungan penuh, anda perlu memberi sumbangan sebanyak RM4200. Disini terdapat perbezaan harga RM600 setahun, yang anda boleh jimatkan setiap tahun.

Perbezaan harga yang dinyatakan tersebut terjadi kerana kadar tabaru’ yang dikenakan adalah berbeza. Mengikut pengalaman selama 10 tahun kad perubatan takaful yang ada di pasaran, pengendali takaful sebenarnya mempunyai kadar kemasukan wad yang jauh berbeza antara peserta yang memilih kad perubatan perlindungan penuh dan ko-takaful. Perkara tersebut juga boleh mempengaruhi jumlah tabaru’ yang dikenakan untuk pilihan kad perubatan perlindungan penuh.

Diharap perbentangan saya, berkenaan kad perubatan takaful memberi anda lebih kefahaman terutamanya anda yang masih tidak mempunyai kad perubatan persendirian ataupun yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ko-takaful. Jika bertanya kepada saya, kad perubatan mana yang anda pilih samada perlindungan penuh ataupun ko-takaful, saya akan memilih satu kad perlindungan penuh dan satu kad ko-takaful. Ini kerana, kadar inflasi perubatan meningkat secara mendadak. Dan satu kad perubatan boleh jadi tidak cukup dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Agen takaful pilihan anda.

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
019.271.7006
khairulanwar426@prupartner.com.my
www.khairulanwar.my


Artikel ini di karang berdasarkan pengalaman dan kajian dilakukan oleh En Khairul Anwar Bin Abu Mansor, Anda berhak untuk menyalin keseluruhan artikel ini dan perlulah dikreditkan ke laman web saya www.khairulanwar.my

Monday, August 1, 2016

Renew insurans kenderaan anda ikut masa yang ditetapkan

Tadi ke pejabat general insurans bertanyakan berkenaan insurans kereta. Terdengar perbualan antara orang di kaunter dan customer

Kaunter
: Insurans dah lama mati, kete kat mana?
Customer : kat rumah
Kaunter : nak gambar kereta dan roadtax skali
Customer : Lor... nak buat apa gambar kereta sekarang.
+cust tepon adik beradik die untuk whatapps gmbr kereta.
Kaunter : pernah ada kes. Satu hari lupa nak renew roadtax. Kete dah kene curi. Lepas tue baru nak renew roadtax dan insurans . Kemudian lepas sebulan.. claim kereta hilang.
Customer : cam mana boleh tahu
Kaunter : kita ada orang yg akan check dan dia berrjaya buktikan.

Balik aku fikir cam mana insurans blh tahu kereta dah hilang sebulan. Mungkin ini :

1. Berdasarkan penggunaan kad tng atau parking dan smarttag yg sentiasa ada dlm kereta
2. Perubahan transport owner kereta ke destinasi yg hendak dituju
3. CCTV kawasan perumahan dan sekitarnya

Hihihi... moral of the story. jangan cuba nak fraud claim den insurans. Dorang pun pandai jugak tektik2 nak menipu

Renew insurans kenderaan anda ikut masa yang ditetapkan

Tadi ke pejabat general insurans bertanyakan berkenaan insurans kereta. Terdengar perbualan antara orang di kaunter dan customer

Kaunter
: Insurans dah lama mati, kete kat mana?
Customer : kat rumah
Kaunter : nak gambar kereta dan roadtax skali
Customer : Lor... nak buat apa gambar kereta sekarang.
+cust tepon adik beradik die untuk whatapps gmbr kereta.
Kaunter : pernah ada kes. Satu hari lupa nak renew roadtax. Kete dah kene curi. Lepas tue baru nak renew roadtax dan insurans . Kemudian lepas sebulan.. claim kereta hilang.
Customer : cam mana boleh tahu
Kaunter : kita ada orang yg akan check dan dia berrjaya buktikan.

Balik aku fikir cam mana insurans blh tahu kereta dah hilang sebulan. Mungkin ini :

1. Berdasarkan penggunaan kad tng atau parking dan smarttag yg sentiasa ada dlm kereta
2. Perubahan transport owner kereta ke destinasi yg hendak dituju
3. CCTV kawasan perumahan dan sekitarnya

Hihihi... moral of the story. jangan cuba nak fraud claim den insurans. Dorang pun pandai jugak tektik2 nak menipu