Wednesday, January 13, 2021

Cabaran di hadapi oleh negara untuk pemberiaan vaksin covid-19

1. Setelah berlaku PKP disaat vaksin hendak diberikan adalah amat mengecewakan kita, kerana sepatutnya tempoh lebih kurang 3 bulan PKP pada tahun 2020 menjadi pengajaran buat diri kita. Namun, akibatnya kelekaan diri kita menjadikan pendemik ini berleluasa.

2. Vaksin yang paling menghampiri kita adalah pada akhir bulan 2, iaitu Pfizer-BionTech yang dikhabarkan akan diterima bulan Februrari 2021 (ada mengatakan dalam minggu ke-3 Februari 2021), Oxford-AstraZeneca dalam pertangahan 2021 dan juga Sinovac yang bermula trial ke-3 seramai 3000 orang sebelum pembetulan dibuat dan bekerjasama dengan Pharmaniaga
3. Vaksin ini wajar diberikan kepada mereka yang sudah berusia, dan mempunyai penyakit-penyakit kritikal. atau lebih mudah dikatakan mereka yang berisiko besar kepada kematian jika dijangkiti COVID-19
4. Vaksin yang pertama yang akan diberikan adalah Pfizer mempunyai cabaran simpanan di bawah -70 darjah celcius dan juga hanya boleh bertahan selewatnya selama 6 jam sebelum di suntik ke badan manusia.
5. Kerajaan sudah mengenalpasti beberapa tempat yang dapat digunakan untuk simpanan vaksin ini. sebelum diedarkan. Namun, tempat tersebut belum tentu mudah bagi mereka yang sudah berusia untuk hadir mendapat vaksin tersebut.
6. Apabila vaksin perlu diberikan dalam kuantiti yang besar, HARI INI juga kementerian kesihatan perlu mengenal pasti atau mengajar secara amali melatih kepada pegawai perubatan ataupun penolong pegawai perubatan, cara untuk "cucuk" vaksin kepada pengguna termasuk mengenalpasti situasi tertentu yang mungkin boleh berlaku seperti contoh mereka yang takutkan jarum, mereka terlampau kurus, terlampau gemuk, mereka yang tiada tangan) untuk mengelakkan pembaziran vaksin tersebut. Amali tersebut adalah bentuk "refresment" kepada mereka tetapi amat penting.
7. Penggunaan pengangkutan Kementerian Kesihatan untuk mengangkut mereka yang berisiko di jangkiti, terutama di kawasan pendalaman yang tiada kemudahan pengangkutan. Perkara ini amat dititikberatkan kerana, golongan ini tidak sewajarnya dibiarkan. Pendapat saya selepas vaksin dikenalkan, jika hanya PKPP diperkenalkan di Malaysia, mereka akan mula alpa lagi sekali dengan SOP pencegahan penularan wabak COVID-19. Dan mereka akan pulang ke kampung membawa virus dan menjangkiti mereka yang lebih berisiko.
8. Keletihan dihadapi "frontliner" pada hari ini kami ucapkan terima kasih dan kami memohon ampun kerana tidak menjaga SOP termasuk penjarakan visikal dengan rakan-rakan sekerja kami, dan saudaramara kami yang bukan satu rumah dengan kami. Dan kami juga minta maaf jika ada antara kami yang percaya dakyah-dakyah tertentu bahawa COVID-19 adalah rekaan semata-mata sehingga ada dikalangan keluarga dan sahabat kami terkesan dengan penyakit ini. Vaksin adalah penamat kepada penularan COVID-19 dan Vaksin terbaik adalah mengikut SOP yang telah diberitahu beribu kali.
1day,MCO phase II