Friday, April 5, 2013

Memahami Riba' dalam sistem Insurans

Istilah-istilah yang nyatakan diatas tidak ramai yang mengetahui dalam kehidupan harian. Namun istilah-istilah tersebut biasa anda lafazkan ataupun dengar tatkala Anda membaca alquran. Contoh, perkataan riba dalam alquran adalah


maksudnya : wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah (swt) dan tinggalkanlah sisa dari Riba' itu, jikalau benar-benar kamu orang-orang yang beriman.
(surah albaqarah ayat 278)

maksudnya : tetapi, jika kamu tidak kamu kerjalan begitu, maka terimalah satu pernyataan perang dari Allah dan RasulNya, Tetapi jika kamu bertaubat maka bolehlah kamu ambik pkok harta kamu; tidak kamu dianiaya dan tidak pula kamu menganiaya. (surah albaqarah ayat 279)

Hari ini, pernahkan anda mendengar istilah riba' dalam terjemahan bahasa arab kepada bahasa melayu, pernahkah anda mendengar istilah "bunga" dalam sistem kewangan konventional. Istilah tersebut telah digunakan dalam sistem kewangan konventional. 

Secara ringkas saya dapat jelaskan bahawa dalam kamus, istilah riba' tidak di terjemahkan mengikut kefahaman dalam bahasa Melayu yang sebenar. Perkataan Riba' :
          Bahasa Arab : Riba'
          Bahasa Inggeris : Interest
          Bahasa Melayu : Bunga

Riba' adalah salah satu kejahilan jahiliyah yang amat hina. Riba tidak sedikit pun, sesuai dengan konsep kehidupan masyarakat sekarang lebih-lebih lagi ianya langsung tidak sesuai kepada orang yang beriman.
Jika anda pada waktu sebelum ini ada terlibat dalam riba' hentikanlah, insyallah dosa-dosa anda akan diampunkan Allah swt. Jika anda kembali semula dalam riba' sama kekalnya dalam neraka.

Mazhab Syafie menyatakan Riba' adalah akad yang dimeterai sebagai pertukarang barang tertentu tetapi pada ketika akad dimeterai pertukarn ini tidak diketahui kesamarataanya menurut ukuran syarak ataupun penyerahan salah satu atu kedua-dua barangan tersebut dilewatkan.

Allah swt berfirman, dalam surah Ali Imran ayat 130

maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba berlipat ganda. Dan bertaqwalah kepada Allah swt, supaya kamu memperoleh kemenangan.
(surah ali imran ayat 130)

Menurut keterangan ahli tafsir, ayat inilah yang mengharamkan riba

RIba' terbahagi kepada 2  iaitu :
1) riba al-duyun

     Riba a'-Duyun berlaku ketika membuat pinjaman mata wang. Dan ia terbahagi kepada 2 bahagia
           i) Riba al-Qard 
           ii) Riba al Jahiliyyah

       Riba Al-Qardh adalah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah pinjaman pokok  berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. Manakala Riba al-jahiliyyah adalah sebarang manfaat atau kadar tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang dikenakan ke atas peminjam akibat kegagalan membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan di dalam tempoh yang dipersetujui. 


2) riba albuyu' adalah jenis riba yang boleh berlaku daripada pertukaran antara dua bahan ribawi yang sama jenis yang mana tidak patuh peraturan yang ditetapkan
    Terbahagi kepada 2 :
         i) Riba' al-Nasi'ah (riba' yad)
            Bahan-bahan ribawi ditukar adalah berat sama, ukuran atau nombor tetapi bayaran harga dan penghantaran barang-barang yang dibuat pada dua masa yang berlainan
         ii) Riba' Al_Fadhl 
             Bahan-bahan ribawi (daripada asas yang sama dan jenis yang sama) ditukar adalah ukuran berat, berbeza atau nombor dan mereka ditukar pada masa yang sama.

Riba' dalam insurans

Situasi-situasi berikut berlaku dalam kontrak yang ditandtangani bersama insurans konventional yang menyebabkanya haram

1. Jumlah premium yang diabayar hanya akan mendapat jika berlakunya musibah, seperti kemalangan, kematian ataupun sakit. Waktu bila berlakunya musibah tersebut masih tidak lagi diketahui dan ia menyebabkan berlakunya Riba'

2. Nilai wang pampasan adalah lebih besar daripada jumlah premium yang dibayar oleh pemberi insurans apabila berlaku kematian. Nilai pertukaran yang sama ini dipanggil riba'

3. Pembeli insurans dibernarkan untuk meminjam daripada jumlah premium yang dibayar. Kemudian apa yang perlu dilakukan adalah membayar semula kadar faedah yang dikenakan. Ianya adalah Riba,

Daripada insurans ke takaful

Dalam sistem kewangan takaful, sistem riba' tidak ada kerana akad yang dilakukan adalah sumbangan, bukan pembelian polisi. Pemegang polisi takaful juga adalah orang yang sanggup memberi sumbangan atas keperluan orang lain yang telah dipersetujui bersama.

ditulis oleh : khairul anwar 5/04/2012
Sumber : Tafsir Al-Azhar; Prof Dr Hamka 
               Basic Takaful Practices; IBFIM
segala pencetakan semula hendaklah dikreditkan atas nama thetakaful.com, segala pertanyaan boleh hubungi khairul@thetakaful.com.



Thursday, April 4, 2013

Rising pressure of healthcare cost - the star

Saturday March 14, 2009

Rising pressure of healthcare cost
By CECILIA KOK




Increases in medical bills are outpacing the general inflation rate each year. That raises the question whether healthcare is reserved only for those who can afford it

“I got the bill for my surgery. Now I know what those doctors were wearing masks for”
– American bureaucrat, James H. Boren (1925)

WHAT is the value of a human’s health? Sixteenth-century English scholar and vicar at Oxford University Robert Burton put it at such: “Restore a man to his health, and his purse lies open to thee.”

That denotes that health is priceless, and almost everyone would pay anything to get well. With the doctors’ power to demand, medical services do not come cheap.

And with the continuous rise of investments in research and development as well as the adoption of the latest technologies to deal with the rapid emergence of new and complicated illnesses (and the re-emergence of some deadly ones), healthcare costs are soaring by the day.

So, who can afford to fall sick these days?

Wednesday, March 27, 2013

mengurangkan Hutang Keperluan atau Kehendak atau kecemasan


Hari ini, ramai yang menyatakan bahawa manusia tidak dapat lari daripada hutang. Hampir semu orang adalah orang yang berhutang. Islam juga adalah agama yang menghalalkan hutang tetapi haruslah dibayar balik hutang tersebut. 

Seseorang yang tidak dapat menguruskan hutang dia dengan baik akan mengalami defisit kewangan yang teruk. Sistem kewangan yang terdapat bank boleh mengelapkan masa depan seseorang daripada membuat pinjaman jika mendapati seseorang itu gagal melunaskan hutang yang telah dipinjamkan. 


Justeru, jika seseorang memilih bank conventional untuk berhutang atau membayar hutang, seseorang itu perlu berhadapan dengan Riba'.  Iaitu sistem kewangan konvenstional yang diketahui umum haram disisi undang-undang. 

Pertama sekali, apa yang perlu dibuat oleh seseorang sebelum beliau berhutang untuk membeli barangan yang dikehendaki adalah melakukan kira-kira hutang yang perlu dibayar akan datang dan juga perbelanjaan. Dimana, hutang-hutang tersebut tidak menganggu perbelanjaan anda. kerana, sekrang ini kita boleh berkata, "hari ini aku berhutang, insyallah minggu depan aku akan kurangkan budget makanan". Tetapi apabila tiba masanya, budget makanan bertambah dan hutang tidak dilangsaikan. It's worst to worst condition.


Saya kongsikan keratan akhbar berita harian bertarikh 22 November 2010 adalah supaya anda dapat mengenal pasti, kenapa seseorang itu gagal melunaskan hutangnya. Walaupun, penulis Pn Zuraidah Mohamed, mengatakan bahawa ramai yang berhutang akibat kos perbelanjaan, namun kita dapat lihat daripada keterangan yang dibuat adalah disebabkan oleh 2 faktor

Saturday, March 23, 2013

Anugerah MTA Starnite 2013

Assalamualaikum . Some of PruBSN agents were awarded under several categories during the Malaysian Takaful Association (MTA) award ceremony happening last Wednesday night. We take this opportunity to congratulate them for their hard work & determination. We hope with this recognition, we’re able to build a stronger & more trusted brand for all, for life. Congratulations again to the award winners! 


Wednesday, January 16, 2013

Sedekah Tambah Rezeki



APA perasaan anda, seandainya ketika sedang makan di kedai atau di warung tiba-tiba datang orang meminta sedekah menghampiri anda.

Dia meminta duit derma daripada anda tetapi badannya sihat sambil dipimpin seseorang sambil menadah tangan.
Anda sedekah atau tidak kepadanya? Kalau anda beri duit kepadanya sama ada ikhlas atau pun sebab malu pada orang di sekeliling yang melihat anda? Selepas anda menderma apakah perasaan anda? Seronok atau berasa rugi? 

Kalau berasa menyesal itu memang kedekut jawabnya. Alhamdulillah orang kita suka menderma, suka membantu dan menolong, mungkin kerana roh iman dan Islam yang menyala di dalam hati dan sanubari.


Ia menjadi pendorong utama ditambah pula dengan sikap orang Melayu yang memang lembut hati. Hulurkan derma janganlah terlalu berkira sangat.


Tidak miskin pun jika kita beri sedikit pemberian itu dan tidak kaya mana pun mereka dengan yang dapat duit derma kita. Sebenarnya orang kaya ialah orang yang suka memberi. 


Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi. Rasulullah pernah berhutang kerana mahu memberi. Kali ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan membantu dan menderma terutama kepada fakir miskin. 


Siapa sebenarnya yang dikatakan fakir miskin itu supaya derma kita itu betul-betul disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 


Fakir dan miskin adalah orang yang tidak memiliki apa yang cukup untuk belanja seharian misalnya mereka tidak memiliki beras, lauk dan keperluan asas yang lain. 


Mungkin mereka ada pekerjaan tetapi pendapatan mereka tidak mencukupi, kos sara hidupnya dan bebanan keluarga, sebagaimana firman Allah:



 “Adapun bahtera itu kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan Aku bertujuan merosakkan bahtera itu, Kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.” (Surah Al-Kahfi ayat 76) 


Pada ayat di atas mereka disifatkan dengan sifat miskin, padahal mereka memiliki perahu besar dan memperoleh pendapatan sebagaimana sabda Rasulullah ketika ditanya orang miskin, Baginda menjawab: “Orang miskin bukanlah orang yang berkeliling meminta-minta, lalu diberi sesuap atau dua suap, satu buah kurma atau dua buah, tapi orang miskin adalah orang yang tidak cukup apa yang dia dapat daripada pekerjaannya untuk menyara keluarga.” 


Zaman sekarang ada satu nama lagi iaitu peminta sedekah atau pengemis. 

Terkadang mereka masih ketagih untuk makan hasil dari meminta dan menadah tangan. 

Kalau sudah cukup duit daripada meminta sepatut­nya mereka berhenti meminta tetapi kerana sudah ketagih, mereka akan terus meminta, orang sebegini sudah termasuk dalam kategori mereka yang memiskinkan diri sendiri. 


Sebahagian daripada peminta sedekah sebenar­nya lebih memerlukan derma dalam bentuk nasihat dan pemulihan mental. 


Mereka perlu dididik dan disedarkan bahawa tangan di atas, jauh lebih baik dari pada tangan di bawah. 


Setengah kadang-kadang menjadi keliru kepada peminta sedekah sama ada hendak beri atau tidak. 


Kalau kita terus memberi nanti mereka ketagih meminta sehingga langsung tak nak berusaha sebab lagi seronok meminta tanpa bekerja. 


Kalau tidak beri kasihan juga kalau yang meminta itu memang sangat-sangat memerlukan. 


Sebab itu kita perlu memilih kepada siapa kita perlu berinfaq dengan tujuan untuk membantu dan kepada siapa kita perlu berkata maaf dengan tidak memberi mereka wang bukan kerana membenci, tetapi itulah salah satu cara kita mendidik mereka dan agar mereka berfikir dengan bijak. 


Bagaimanapun penderma tetap dalam perhatian Allah dengan ganjaran yang istimewa. Percayalah jangan sekali menyesal dengan derma anda sebab banyak sekali hikmah di sebalik pemberian itu. 


Antaranya hikmah derma ialah melembutkan hati. Jika hati sudah lembut, mudah untuk seseorang memaafkan orang dan mudah memohon maghfirah selepas melakukan kesalahan, sama ada kecil atau besar. 


Kedua, seseorang, apabila menderma dan orang yang menerima derma pula seseorang yang betul-betul memerlukan bantuan insya-Allah, penerima derma itu pasti berdoa supaya penderma dikurniakan rezeki dan keampunan Allah. 


Kesan berganda itu disebutkan dalam al-Quran, seperti ayat 261 dan ayat 265 Surah Al-Baqarah: 



“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.” 


Manakala dalam ayat 265 surah sama maksudnya: 


“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari reda Allah, dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat (ganda). Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/21