Sunday, February 11, 2018

Prukasih - Pruvolunteer experience - 10 Februari 2018

Pruvolunteer experience - 10 Februari 2018
PPR Desa Rejang, Setapak

PruKasih bukan Insurans atau Takaful. Bila sebut pasal Insurans dan Takaful semua takut, maybe takut kepada komitmen bulanan yang mungkin bagi mereka tidak dapat apa-apa. Yes, salah faham berkenaan konsep insurans dan takaful ini masih besar dikalangan masyarakat kita.
Saya tak nak menulis panjang berkenaan presepsi ini yg datang dari pelbagai faktor.

Apa itu PruKasih, PruKasih adalah bantuan kewangan kepada kemuniti terpilih, dalam tempoh tertentu dan tertakluk kepada terma dan syarat. Panjang nak cerita syaratnya, tetapi jika kawasan anda terutama kawasan penduduk PPR tahu berkenaan dengan PruKasih ini, daftarlah dengan wakil daripada Prudence Foundation di kawasan anda.

|PPR Desa Rejang, satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan

Saya dan rakan seramai 5 orang diamanahkan untuk menjaga pendaftaran di block A. Alhamdulillah, sambutan di Block A pada saya amat mengalakkan.

Salah satu faktor kami mendapat ramai yang mendaftar adalah kerana satu sikap dalam masyarakat yang jarang ada iaitu responsible and awarness

Salah seorang wakil penduduk datang untuk daftar. Sebelum ini, penduduk tersebut tidak tahu berkenaan dengan Prukasih. Tindakan proaktif penduduk tersebut adalah dengan menghebahkan program PruKasih kepada penduduk lain. Sampai sanggup ke rumah dan pastikan jiran mereka yang layak untuk mendaftar untuk program Prukasih.

Ini sikap kejiranan dan tanggungjawab yang susah nak cari. Kebanyakkan dari kita adalah, kita kita mereka mereka. Ada banyak cara untuk kita pupuk semula sikap kemasyarakatan ini.

Akhir kata, terima kasih kepada PPR Desa Rejang.

#
mypruvolenteer

#prudencefoundation

6.9 & 6.4% keuntungan dividen banyak atau sedikit | dividen KWSP 2017

Assalamualaikum

Hari ini, 10 Februari 2017, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan dividen KWSP pada tahun 2017 adalah sebanyak 6.9% dan 6.4% setahun. Adakah ini pelaburan yang mengutungkan atau tidak?

Senang sahaja,  jika kadar dividen anda lebih daripada kadar inflasi tahunan, bermakna pelaburan anda menguntungkan. Sebab duit kita nilainya adalah mengikut kadar inflasi, namun kadar 6.9% adalah lebih daripada kadar inflasi tahunan.

Persoalan pada tajuk blog saya sejauh mana 6.9% ini boleh menguntungkan anda

Situasi 1
Anda mempunyai RM10,000 dan disimpan bawah bantal dan di peti besi rumah yang terdedah kepada kecurian, banjir ataupun kebakaran dalam tempoh 20 tahun anda akan peroleh sebanyak RM10,000
atau
Anda mempunyai RM10,000 dan disimpan dalam instrument kewangan yang menjana keuntungan dividen sebanyak 6.9% setiap tahun, selepas 20 tahun anda akan dapat : RM37,980atau
Anda mempunyai RM10,000 dan disimpan dalam instrument kewangan yang menjana keuntungan dividen sebanyak 7.2% setiap tahun , selepas 20 tahun anda akan dapat : RM40,169


Jika anda lihat hanya 0.3 persent kadar keuntungan perbezaan adalah sebanyak RM2,189.00 banyakan? Bagaimana jika anda simpan setiap bulan. Katakanlah setiap bulan anda menyimpan sebanyak RM200 sebulan untuk pelaburan?

Situasi 2Anda menyimpan setiap bulan sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun. dan anda pilih untuk si pan di peti besi yang terdedah kepada risiko, anda akan menyimpan sebanyak RM6,000.00
atau|
Anda menyimpan setiap bulan sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun, dan tempat anda simpan menjana dividen sebanyak  6.9% setiap tahun, anda akan memperoleh keuntungan pelaburan bersama simpanan anda sebanyak RM18,555.64atau
Anda meyimpan setiap bulan sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun, dan tempat anda menyimpan menjana dividen sebanyak  8% setiap tahun, anda akan memerpoleh keuntungan pelaburan bersama simpanan anda sebanyak RM22,656.64
Ada perbezaan ke tidak, jika duit anda dilaburkan untuk jangka masa panjang, anda yang baca saya rasa cukup bijak, terhadap setiap wang simpanan anda perlu dilaburkan. Pengiraan ini adalah "compound" sebab itu keuntungan dia besar, kita cakap ianya duit beranak, mcam situasi 1, asal 10,000 kemudian tahun pertama memperoleh keuntungan 6.9% menjadi RM10,690 kemudian, daripada RM10,690 dilaburkan semula untuk memperoleh keuntungan lagi 6.9% hingga seterusnya (jika tidak faham, boleh terus hubungi saya).

Bagaimana, 6.9% itu dikira? adalah daripada keuntungan pelaburan mereka.

Jika saya ingin mengeluarkan 6.9% dividen itu boleh kah? Boleh, tetapi pengiraan selepas itu rendah daripada nilai yang saya telah berikan.

Saya harap anda jelas, bagaimana besarnya keuntungan dividen 6.9%, tapi jangan keluarkan, sebab kita tidak tahu berapa harga sekampit beras 5kg, pada waktu kita pencen esok.


Khairul Anwar
www.khairulanwar.my



Friday, February 9, 2018

Impian Seorang Pelajar, Impian Kita


Semalam 08 Februari 2018

Saya bersama dengan rakan-rakan daripada Prudence Foundation & Yayasan Generasi Gemilang menjayakan the first ever DUIT Right, in 2018 di SMK Damansara Damai 1. Last Year, saya juga bersama dengan mereka menutup DUIT Right, yang diajurkan bersama Inspire SEA.

So, apa itu DUIT Right, Simple! DUIT Right adalah program FInancial Education for Teen. Satu program aktiviti dalam berkumpulan secara santai untuk memupuk minat pelajar sekolah Menengah berkenaan cara pengurusan kewangan yang betul. Senang sahaja, Earn, Save, Spend and Donate.

So, apa yang saya peroleh dengan pergi ke sekolah itu, memandangkan saya juga berdepan dengan dua pelajar dari umur yang berbeza, sememangnya antara mereka banyak perbezaan dari segi pemikiran.

Apa yang nak saya share adalah :

Apabila bertanya mengenai cita-cita, saya kagum dan saya sangat kagum ada seorang pelajar perempuan tingkatan 3 menceritakan berkenaan Impian dia secara terperinci (detail). Apa yang saya maksudkan dengan detail adalah, pelajar tersebut, memberitahu Impian, berapa kos impian dia, dan dimana dan perancangan ke atas impian ini dengan penuh semangat dan sempurna. Dimana, kalau kita dengar, kita sudah tahu impian itu sudah lama dan sebati dengan diri mereka.

Tapi dah lama saya tak dengar impian nak jadi Angkasawan, sebaliknya ada satu impian daripada seorang pelajar lelaki untuk membina dan mempunyai satu stadium bola sepak!

Berbalik kepada Impian kita, apa impian kita adakah kita waktu dah usia lepasan sekolah ini sudah hilang impian yang dibina sewaktu di sekolah, ataupun seusia kita hari ni, jika ditanya berkenaan Impian, membuatkan pelajar sekolah pun boleh tergelak.

Tak kira berapa usia kita sekarang, kita mesti ada impian. Bukan kah impian kita itu akan mejadikan kita lebih sempurna. Yes! Work For IT



Khairul Anwar Abu Mansor, AFPM
Associate Financial Planner Malaysia
www.khairulanwar.my

Volunteer : Prudence Foundation Malaysia

#mypruvolunteer
#servecommunity
#youwilllearndeepinyourheart 

Wednesday, January 3, 2018

TIndakan FAST jika terlihat seseorang mengalami "Brain Attack"


FACE - Muka berubah, atau senget sebelah. Untuk lebih lanjut, minta si pesakit senyum,
ARM WEAKNESS - Minta si pesakit menaikkan tangan kedua-dua sekali, Adakah tangan yang diangkat sama tinginya. Satu lagi sintom adalah tangganya jatuh kebawah.
SPEACH DIFFICULTY - Dengar baik-baik kata-kata si pesakit. Ada sesetangah perkatan  yang kurang difahami, anda boleh minta si pesakit ulang balik apa yang dia cakap, dan dengar baik-baik
TIME TO CALL 911 - Jika mana-mana sintom ini wujud, segera call ambulans. Maybe tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa mereka.