Monday, October 7, 2019

Sumber pendapatan jika hilang upaya kekal




Jika ditakdirkan anda mengalami hilang upaya kekal (TPD),
Saya gariskan kat sini, apakah sumber pendapatan anda, kerana waktu itu mungkin anda sudah hilang pekerjaan hakiki.

Takaful adalah jumlah terakhir yang anda perlu kirakan untuk menampung shortage perbelanjaan anda. Kadang-kadang jumlahnya sedikit sahaja, tetapi kadang2 jumlahnya agak besar sehingga diperlukan sebanyak 80% daripada keseluruhan perbelanjaan jika mengalami TPD, bergantung kepada tabiat simpanan anda hari ini.

Jangan terkejut, jika hari ini pendapatan anda adalah 10,000 sebulan, jika mengalami hilang upaya kekal anda mungkin memerlukan 13,000 kerana kos untuk menyara kehidupan anda pasti bertambah dengan rakusnya.

Meh saya nasihatkan, untuk takaful anda, yang penting, calculation, mcm mana anda hendak kira berapa jumlah perbelanjaan anda yang cukup jika mengalami TPD. Supaya jika mengalami TPD anda tidak perlu risau dengan perbelanjaan anda.

khairul anwar
019271 7006

members of Financial Planner Association Malaysia (FPAM)

Sunday, July 21, 2019

JANTUNG PUINCA KEMATIAN DEWASA!



Cuba anda periksa polisi anda, ataupun kami bantu untuk menganlisis ataupun periksa polisi anda,
kadang-kadang ada yang bangga polisi syarikat memberli perlindungan sehingga 1 juta. Tapi sebenarnya untuk kemalangan sahaja.
Menurut statistik punca kematian terbaru 2018, transport accident adalah 4.6% daripada sebab kematian rakyat Malaysia. selebihnya dan separuh besar daripada adalah bukan daripada faktor kemalangan!

Tuesday, June 25, 2019

Simpanan Persaraan sebanyak RM 1 juta. Cukup ataupun tidak?



Simpanan pendidikan anda, RM1,000,000 cukup atau tidak, atau anda tidak pernak kira berapa simpanan pendidikan anda. 

Wednesday, May 15, 2019

Pneumococcal Vaccine, tidak wajib tapi ambillah!

Sahabat, yang mempunyai anak kecil, pernah dengar berkenaan dengan Vaksin Pneumokokal (Pneumococcal Vaccine). 
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang agen dan sahabat saya, saya hari ini berkongsi berekenaan dengan Pneumokokal. 
Kenapa? Kerana kadar kematian dan penyakit akibat pneumokokal adalah paling tinggi di Afrika dan Asia. Kerana, sintom ini sangat mirip dengan demam atau selsema biasa. Sukar dikesan. Ia boleh menyebabkan jangkitan kritikal kepada : 

1. Radang paru2
2. Meningitis
3. Sepsis
4. Sinusitis
5. Otitis Media

Penting ke vaksin ini?
Penting kerana dapat mencegah rangkaian jangkitan-jangkitan pneumokokal, terutamanya pada bayi 2 tahun ke bawah. Kerana kesan daripada penyakit ini boleh menyebabkan kanak-kanak yang normal mengalami terencat mental, pekak, lembam dan paralisis untuk jangka masa panjang. 
Bila boleh ambil vaksin ini?
Seawal usia 6 minggu/2bulan dan boleh juga di ambil pada usia kanak-kanak. 
Bersama sedekahkan Alfatihah kepada anak kecil ini
Muiz Zikri Bin Mohamad Fikri
Anak kecil kepada Mohamad Fikri & Hafizah Aziz
Semoga tenang di sana, membawa ibu dan bapanya ke syurga kelak

Saya bukan Dr, tapi agent Takaful. Penyakit sekarang jangan di ambil remeh terutamanya untuk masa depan anak-anak.