Bagi mereka yang menguruskan kematian, anda diminta dengan belas ikhsan yang teramat untuk membantu menyelesaikan hutang akhirat ke atas si mati.
1. Zakat, meliputi zakat simpanan, zakat emas dan perak, zakat harta, zakat takaful, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat padi, qada' zakat dan zakat mata wang kripto.
2. Fidyah, iaitu denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.
3. Badal Haji kepada seseorang yang telah berkemampuan untuk mengerjakan haji namun dia meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya, maka ahli warisnya wajib mengerjakan badal haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati kerana ia merupakan beban hutang buat si mati.
4. Kaffarah iaitu menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak.
Oleh itu kita yang hidup ini,
1. jika anda juga ada melakukan nazar,
2. tidak berpuasa (secara tidak sengaja, ataupun sengaja), rekodkan juga supaya waris anda tahu anda telah berhutang Akhirat. sebab kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia.
Peringatan, sewaktu hidup ini WAJIB untuk anda melangsaikan hutang akhirat anda
Wednesday, June 5, 2024
Hutang Akhirat!
Monday, May 20, 2024
Terminated Takaful - lepas tue? apa terjadi,
Ini sebenarnya salah satu pengalaman saya sebagai agent, bila seseorang itu sudah lama bayar, lepas itu ada pulak kenaikan harga takaful. So orang dilindungi berhajat untuk menamatkan sijil takaful kerana kos sara hidup yang tinggi.
Lazimnya jika client nak tamatkan sijil takaful saya tidak dapat untuk memujuk die untuk melihat kewangan dia, sebab die memang ada hajat untuk terminated takaful die lebih daripada apa yang saya akan advise.
Nak cerita sebenarnya ada dikalangan mereka yang hendak guna balik kad perubatan. Namun saya tak boleh bantu (ejen lain pun x boleh bantu).
Oleh itu, kalau nak strukturkan kewangan anda, pastikan kenal pasti betul-betul keperluan dan kehendak. Takaful untuk diri adalah Keperluan.
Terima Kasih daun keladi.
Ada rezeki jumpa lagi.
Tuesday, April 16, 2024
Dokumen tambahan permohonan PruBSN Takaful bagi syarikat
Membuat permohonan takaful bagi syarikat dan individu ada perbezaan dia. Untuk permohonan takaful syarikat ini ada perbezaan dia, mereka perlukan pelbagai lagi dokumn tambahan untuk di tandatangani oleh pihak syarikat.
Untuk rakan-rakan agent, bagi memudahkan kerja anda, saya sediakan senarai dokumen yang diperlukan oleh PruBSN supaya anda tidak asik minta tandatangan sahaja.
Terima kasih
#prubsn #prudential #fatca #takaful #syarikat
Saturday, July 22, 2023
FINANCIAL MISTAKES to avoids.
Monday, July 17, 2023
Melatih Anak Menyimpan
Tips dari saya untuk MELATIH ANAK MENYIMPAN
1. Bermain olok-olok membuka kedai dan restoran.
2. Sentiasa menasihati anak untuk simpan duit ditempat yang Selamat.
3. Ajar anak kecil untuk simpan dan menjana pendapatan 4. Berbincang dengan anak berkenaan kepentingan simpan duit dan duit kecemasan.
5. Bersama dengan anak berbincang mengenai simpanan jangka masa pendek untuk aktiviti keluarga.
6. Melatih anak supaya tidak mudah mendapatkan sesuatu.
7. Melatih anak untuk berusaha untuk mendapatkan duit.
Selamat mencuba kepada semua parent-parent.