Wednesday, August 14, 2024

Kami bayarkan untuk kos rawatan followup anda di Columbia Asia terus kepada Hospital


Update terkini daripada PruBSN hari ini.


Bagi client yang pernah mendapatkan rawatan di Columbia Asia dan masih lagi meneruskan (jika sakit) untuk ke Columbia Asia.
Termasuk client yang hospital pilihan dia adalah Columbia Asia. SAHAJA!

PruBSN ada satu penambahan HAS Facility. Iaitu boleh terus bayar bill followup selepas keluar daripada hospital. So anda tidak perlu lagi risau pasal duit untuk followup.

tempoh masa yang diperuntukan untuk lulus cashless ini adalah 60 minit.

Selalunya client yang claim besar, sebab setiap kali rawatan perlu check itu ini dan juga kos die mencecah 1,000 dan ke atas. perkhidmatan ini membantu anda.

Semoga dipermudahkan dan anda mendapat manfaat yang unggul dengan kami di PruBSN.

Sunday, June 23, 2024

Asik mononton tv, cepat tua!


Antara impak daripada menonton talifon daripada research ini adalah.

Setiap 2 jam menonton tv sehari akan cepat 12% penuaan.
Duduk yang terlalu lama memberik esan kepada tulang belakang dan saraf kita termasuk saluran darah. 

So bila menonton tv memberi impak negatif kepada anda, anda perlu lebih banyak exercise supaya umur anda panjang dan kesihatan fikiran yang lebih baik. 
 

Wednesday, June 19, 2024

1200 kereta di tarik setiap bulan! Cadang bank check aada insurans tak sebelum buat pinjaman

 



Mungkin bagi kami satu hari nanti, jika hendak buat pinjaman kenderaan bank perlukan sijil takaful individu untuk tempoh bayarna lebih daripada 5 tahun ke. Sebab nak tengok seseorang itu konsistent dalam sumbangan takaful. 

tapi kenapa? bila kita tengok balik punca mereka tidak bayar duit kenderaan ini, selain daripada bisness jatuh, tetapi terselit juga faktor kesihatan termasuk jika seseorang itu diberhentikan kerja, ada dalam itu juga faktor kesihatan.

Contoh di berhentikan kerja sebab hilang anggota badan disebabkan oleh kemalangan, justeru dia tak boleh buat kerja2 mekanik ataupun tukang. Jika seseorang itu ada pampassan kemalangan, mungkin boleh gunakan wang pampasan kemalangan untuk membayar baki pinjaman kereta. Untuk keguanaan harian. 


Wednesday, June 5, 2024

Hutang Akhirat!

Bagi mereka yang menguruskan kematian, anda diminta dengan belas ikhsan yang teramat untuk membantu menyelesaikan hutang akhirat ke atas si mati.

1. Zakat, meliputi zakat simpanan, zakat emas dan perak, zakat harta, zakat takaful, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat padi, qada' zakat dan zakat mata wang kripto.

2. Fidyah, iaitu denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.

3. Badal Haji kepada seseorang yang telah berkemampuan untuk mengerjakan haji namun dia meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya, maka ahli warisnya wajib mengerjakan badal haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati kerana ia merupakan beban hutang buat si mati.

4. Kaffarah iaitu menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak.

Oleh itu kita yang hidup ini,
1. jika anda juga ada melakukan nazar,
2. tidak berpuasa (secara tidak sengaja, ataupun sengaja), rekodkan juga supaya waris anda tahu anda telah berhutang Akhirat. sebab kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia.

Peringatan, sewaktu hidup ini WAJIB untuk anda melangsaikan hutang akhirat anda

Monday, May 20, 2024

Terminated Takaful - lepas tue? apa terjadi,

 



Ini sebenarnya salah satu pengalaman saya sebagai agent, bila seseorang itu sudah lama bayar, lepas itu ada pulak kenaikan harga takaful. So orang dilindungi berhajat untuk menamatkan sijil takaful kerana kos sara hidup yang tinggi. 

Lazimnya jika client nak tamatkan sijil takaful saya tidak dapat untuk memujuk die untuk melihat kewangan dia, sebab die memang ada hajat untuk terminated takaful die lebih daripada apa yang saya akan advise. 

Nak cerita sebenarnya ada dikalangan mereka yang hendak guna balik kad perubatan. Namun saya tak boleh bantu (ejen lain pun x boleh bantu). 

Oleh itu, kalau nak strukturkan kewangan anda, pastikan kenal pasti betul-betul keperluan dan kehendak. Takaful untuk diri adalah Keperluan. 

Terima Kasih daun keladi. 

Ada rezeki jumpa lagi.