Tuesday, November 16, 2021

PENAMAAN MLTT - HIBAH, WASI ATAU OBSOLUTE ASSIGNMENT ( PRO & CONS)

Sekarang saya yakin ramai yang sudah mula mengenali apakah itu MLTT, iaitul Mortgage Level Term Takaful, iaitu perlindungan takaful yang anda khaskan untuk tujuan pembayaran semula pinjaman perumahan, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Dan anda boleh mendambahkan rider iaitu Sakit Kritikal, iaitu jika berlaku sakit kritikal, wang pampasan itu juga dapat digunakan untuk membayar rumah tersebut. 

Namun apakah kaedah penamaan yang anda harus buat. Jika anda memilih penamaan secara : 


Hibah

Pros - Wang tersebut terus disalurkan kepada penerima hibah yang telah di pilih dan wang tersebut adalah hak milik penerima hibah secara total. Lazimnya penerima hibah adalah isteri ataupun anak-anak

Cons - Apabila wang tersebut adalah milik penerima hibah secara total, tiada siapa pun daripada waris lain yang boleh mempersoalkan jika penerima Hibah enggan mengunakan wang pampasan hibah untuk membayar hutang rumah simati. Jika penerima Hibah meninggal sebelum pampasan hibah dapat dilaksanakan, wang pampasan Hibah itu adalah menjadi hak penerima Faraid si penerima hibah. Namun, tidak tertakluk kepada penerima faraid kepada si penerima hibah untuk membayar hutang Si Pemberi Hibah. 


Wasi

Pros - Penama yang dilantik adalah pengurus sahaja kepada wang pampasan takaful tersebut, bukan hak mutlak, justeru penama yang dilantik hendaklah menguruskan wang pampasan tersebut dengan cara menguruskan hutang tersebut dan baki diberikan kepada penerima faraid mengikut bahagian dalam Alquran ataupun persetujuan penerima-penerima faraid 

Cons - Penama yang dilantik tersebut hendaklah secara sukerala membantu menguruskan wang tersebut untuk membayar semula hutang-hutang si mati. Dan perlu memberitahu kepada penerima faraid apakah kegunaan wang pampasan tersebut, sebab jika disalahgunakan, penerima faraid lain boleh persoalkan.


Obsolute Assignment 

Pros - Syarikat amanah yang dilantik akan membayar hutang, dan agihkan baki daripada hutang tersebut kepada waris yang dikehendaki (seperti mana hibah). 

Cons - Terdapat cas untuk pembukaan dokumen dan pengurusan selepas kematian.


Tiada penamaan 

Seorang daripada penerima faraid haruslah mendapat kebenaran daripada Pusaka Kecil dengan cara mendapat persetujuan daripada penerima-penerima faraid untuk membuat tuntutan kepada pengendali takaful


Pilihan saya jika penamaan untuk tujuan pembayaran balik hutang adalah dengan cara perlantikan Wasi ataupun Absolute Assignment. Jika anda tiada MLTT ataupun MRTT yang selari dengan pinjaman perumahan anda, bersedialah untuk waris yang ditinggalkan untuk menggunakan wang yang ditinggalkan yang lain untuk pembayaran semula rumah. 


MLTT dan MRTT hanya menyelesaikan baki pinjaman rumah sahaja, tidak menyelesaikan agihan rumah selepas kematian



Khairul Anwar 

019 2717006




Wednesday, October 27, 2021

KITA DAH ADA KUASA, SEBAB ITU KITA DAPAT AGIHKAN HARTA PUSAKA DENGAN CEPAT

ATAS KEBENARAN PENULIS, SAYA MENULIS. DAN KAMI (SAYA DAN PENULIS) HARAP PENULISAN INI DAPAT MEMBANTU ANDA.


Ramai yang menyatakan bahawa, Faraid itu menyukarkan mengambil masa bertahun untuk selesaikan, lantas ada yang cuba mencari jalan lain supaya faraid dapat dielakkan tetapi bukan jalan yang menyelesaikan isu faraid itu sendiri.
Contoh
1. Memberikan rumah kepada waris semasa hayat, dengan niat supaya rumah tersebut dapat kepada waris, tetapi rialitinya kita tak pasti siapa yang pergi dahulu,. Boleh jadi waris yang telah diberikan harta itu pergi dahulu.
2. Menggunakan cara yang Hibah untuk membayar hutang, tetapi sebenarnya duit tersebut telah menjadi hak faraid orang yang diamanahkan, disebabkan orang diamanahkan telah meninggal dunia sebelum menerima pampasan takaful pemberi Hibah.
2 contoh diatas yang lazim berlaku kepada masyarakat
Sebab itu kami masih menitikberatkan, kebaikan PENULISAN WASIAT, sepertimana yang telah dibuat oleh Arwah ayah kepada sahabat saya.
Di mana, pembacaan wasiat, dapat membantu waris yang ditinggalkan faham apakah kehendak arwah ke atas hartanya. Dan dibacakan kepada semua penerima faraid. Supaya pengagihan faraid dapat di selesaikan dengan aman dan harmoni. Dan penerima faraid dapat melepaskan hak faraid untuk diagihkan mengikut kehendak arwah.
Penulisan wasiat membantu mempercepatkan proses pengagihan harta. Sebab simati telah memberikan kuasa kepada kami, As-Salihin Trustee Berhad untuk mengagihkan harta pusaka yang ditinggalkan.
Berkenaan kos pengurusan? Sebenarnya kos pengurusan lebih murah jika harta pusaka telah mempunyai PENULISAN WASIAT dan melantik As-Salihin sebagai Power Of Attorney.
Khairul Anwar
Your Trusted Advisor

Thursday, September 23, 2021

Hutang semasa mati, kita sendiri yang uruskan

 


#Hutang, adalah sesuatu yang mungkin kita tinggalkan setelah ketiadaan diri kita. 
Berapa jumlahnya, kita pun tak tahu. Namun perancangan kita semasa masih hidup serba sedikit membantu menyelesaikan hutang yang ada. 

Bagaimana cara untuk menguruskan hutang sendiri selepas kematian, sewaktu hidup?
1. Senariakan semua hutang yang ada dan memberitahu waris yang terdekat ataupun tulis nota pada dokumen penting seperti Polisi Takaful.
2. Melantik #wasi (Pentadbir harta pusaka) samada syarikat amanah ataupun di kalangan ahli keluarga untuk amanahkan pengurusan hutang.
3. Menyediakan pampasan #Takaful yang cukup dan penamaan dalam bentuk WASI ( bukan hibah ) yang dapat digunakan oleh wasi untuk membayar segala hutang yang di tinggalkan.

Mudahkan, tetapi masih ramai lagi antara kita yang tidak mahu bercerita berkenaan dengan pengurusan hutang selepas kematian. Mereka berasa sedih dahulu, tetapi mereka alpa disebabkan mereka sedih dan tak mahu memikirkan kalau mereka dah mati, waris yang ditinggalkan LAGI SEDIH. Sebab apa yang dibina oleh simati terpaksa di gadaikan untuk membayar hutang.

Tuesday, September 21, 2021

Tinggalkan nota bersama sijil takaful anda.

Cuma Cadangan, 

Jika anda hari ini sudah buat Hibah Takaful, dan anda telah meletakkan seseorang sebagai salah satu penerima hibah takaful. 

Pertama anda "dinasihati" untuk memberitahu waris lain yang ditinggalkan apakah hajat kita terhadap wang pampasan hibah takaful tersebut. Supaya mereka faham, kenapa ada satu amaun yang besar diberikan kepada seseorang. Luahkan kepada mereka. Jika anda hendak merahsiakannya, tulislah dalam satu surat seal dan letakkan dalam polisi dan amanahkan untuk dibuka selepas ketiadaan empnya polisi. Dan lakukan sekarang. Sebab kita tak tahu bila kita pergi. 

Jika anda membuat wasiat bertulis, dalam pesanan terakhir, tulis juga berkenaan dengan hibah takaful ini. Supaya mereka faham. 

Kenapa?

Saya mendapat banyak panggilan bertanya berkenaan dengan duit Hibah, yang kadang-kadang ada satu masalah iaitu sampaikan ibu dan bapa yang melahirkan tidak dapat apa-apa bahagian faraid. 

Dalam satu kes 
- Isteri menggunakan duit hibah, untuk anak-anak dan tidak menggunakan untuk membayar hutang arwah suami.. (tidak boleh ditanding hibah ini)
#Hutang suami dibayar menggunakan duit KWSP yang dtinggalkan 
- Isteri menuntut harta sepencarian, walaupun bilangan dia sikit
- pembahagian faraid dijalankan. 

Rasa-rasa ibu yang ditinggalkan ini, berapa sahaja baki pampassan #faraid yang diterima?

Ikhlas
Khairul Anwar