Showing posts with label faraid. Show all posts
Showing posts with label faraid. Show all posts

Friday, October 23, 2020

FUNGI MESIN ATM SELEPAS KETIADAAN ANDA


 

Selepas sahaja ATM tidak dapat mengeluarkan wang anda selepas ketiadaan anda.

Jika anda telah membuat hibah, waris hanya menunggu keputusan pampasan takaful kemudian dapat menggunakan wang tersebut untuk belanja harian.

Jika anda telah menulis wasiat dan melantik Wasi (Pentadbir). Wasi akan menguruskan harta pusaka anda secepat mungkin, atleast 3 bulan selepas kematian, pengagihan dapat di berikan kepada waris.

Jika anda tidak melantik Wasi atuapun membuat hibah, Waris terpaksa mendapatkan tandatangan kesemua penerima faraid, kemudian minta Grand Of Probete. Mungkin menempuh keadaan yang lebih sukar contohnya perebutan harta pusaka, Yang akan melambatkan agihan harta pusaka. Tempoh menunggu, tidak tentu lagi sampai bila.

Masih menunggu?

Hubungi saya sekarang, kita set appoitment
Khairul Anwar
019 271706

Wednesday, March 11, 2020

20% DARIPADA HARTA SIMATI PERLU DI SERAHKAN KEPADA BAITULMAL



Hari ini saya ingin menceritakan kepada anda, satu kisah dimana seorang isteri telah kehilangan suami tercinta dan meninggalkan dua orang anak perempuan.
Arwah suami meninggalkan rumah yang merupakan harta sepencarian keduanya-keduanya.

Rumah tersebut mempunyai MRTT, tetapi MRTT tersebut atas nama si isteri. Justeru tiada pampasan yang akan dibayar keatas rumah tersebut oleh pihak bank. Arwah suami juga tidak meninggalkan apa-apa simpanan yang banyak untuk perbelanjaan keluarga. 

Justeru, mengikut pengiraan faraid, oleh kerana rumah tersebut adalah harta sepencarian suami dan isteri tersebut, harta si isteri adalah separuh daripada rumah tersebut, dan separuh lagi perlu di faraidkan.

Pecahan faraid tersebut adalah :
   Isteri : 1/8
   2 anak perempuan : 2/3
   baitulmal : 5/24

Arwah suami sudah kehilangan ibu dan ayah dan tiada adik beradik lain lagi.

Dalam kes ini lebih kurang 10% daripada nilai semasa rumah tersebut (setelah ditolak hak milik isteri) adalah hak milik baitulmal. Justeru si isteri boleh menuntut balik hak rumah tersebut dengan membayar kadar harga rumah semasa kepada baitulmal. Istilah ini dinamakan “Tebus Faraid” 

Pendekkan cerita, akhirnya rumah tersebut terpaksa di jual oleh si isteri dan menatap di rumah lain. 

Untuk perkara ini tidak terjadi, sewaktu anda masih hidup apakah anda perlu lakukan

1. Lakukan hibah harta secara BERTULIS keatas semua harta anda terutamanya hartanah dan kereta. melalui peguam ataupun syarikat pengurusan amanah harta pusaka.

2. Dapatkan perlindungan takaful paling kurang separuh daripada nilai hartanah semasa tersebut sebagai backup untuk membayar baki pinjaman rumah jika mengalami hilang upaya kekal, dengan syarat anda masih sihat. Jika berlaku kematian, si isteri akan dapat pampasan tersebut, ianya boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman rumah tersebut dan hak kepada baitulmal (Jika tidak melakukan perkara 1).


Harap dapat membantu anda dapat anda dapat sebarkan kepada yang lain.