Tuesday, October 9, 2018

Aktiiviti sukarelawan bersama Prudence Foundation di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan

A pict with Zul, a Cha-Ching Characters at SK Haji Hasan. 
Karnival Cha Ching
Sekolah Kebangsaan Haji Hasan, Tapah Road, Perak 
Tarikh : 2 dan 3 Oktober 2018


Apabila saya bertanya kepada rakan-rakan, termasuk rakan-rakan pruvolunteer saya, saya bertanya, sepanjang anda berada di sekolah, siapa yang datang ke sekolah anda dan memberi penerangan berkenaan dengan kewangan.

Kebanyakan dari mereka menjawab, ada Bank. Bank akan datang buat buku simpanan. Saya bertanya lagi, ada tak program sebegini di sekolah, kesemua mereka menjawab, tiada? Anda, ada tak?

Prudence Foundation dengan kerjasama Yasasan Generasi Gemilang, berusaha ke setiap sekolah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan kepentingan simpanan, cara perbelanjaan yang efektif dan kebaikan menderma. Untuk peringkat rendah dan menengah.

"cha-ching" pernah dengar? Jika anda seorang ibu bapa yang sering menggunakan talifon bimbit ataupun "tablet" untuk membuatkan anak anda tenang dan tidak merenget, ataupun anak anda sendiri pantang melihat talifon bimbit anda, anda boleh layari youtube kami

https://www.youtube.com/user/ChaChingVideos

Koleksi animasi ini, di bina dan menceritakan kepentingan pengurusan kewangan di kalangan anak-anak anda. Bukalah sekarang, dan simpan dalam "favourite" anda.

Satu kaedah belajar luar kelas yang sangat penting sekarang. Impak, dari program ini sangat positive. Selepas daripada program ini, apabila kami melakukan Follow Up, didapati ada parent mengatakan bahawa anak mereka berubah cara pemikiran ketika berbelanja.

Kepada rakan-rakan agen Prudential yang berminat, masih banyak peluang untuk anda sertai kami, dan kami mengalu-alukan anda. boleh email kepada csr@prudential.com.my untuk mengetahui next activity yang telah mereka sediakan.

Last skali,
“Volunteers do not necessarily have the time; they just have the heart.”
“You make a living by what you get. You make a life by what you give.” 



#mypruvolunteer

Sunday, September 30, 2018

Account Media Sosial, pernah terfikri untuk mewariskan atau tidak pernah terfikir.


Satu kes mahkhamah pada tahun 2012, seorang ibu yang telah kematian anak meminta kebenaran daripada Facebook untuk membuka account anaknya. Di khuatari anak nya itu meninggal kerana membunuh diri. Disebabkan "social media' tersebut tidak mengizinkan, kes di bawa ke mahkhamah. Setelah bertahun kes itu, mahkhamah mengisytiharkan bahawa masej dalam facebook itu seperti juga asset dan boleh di berikan kepada waris seperti mana anda tinggalkan surat dan diari kepada orang yang tersayang. Perbicaraan kes ini berlaku di German.

Kalau anda, mungkin akaun Facebook anda tidak penting, bagi mereka yang berniaga, akaun Facebook dan media sosial yang lain sangat penting, kepada siapa akaun ini akan diserahkan. Kepada jurugambar professional, anda mempunyai gambar yang menarik yang juga merupakan aset anda di simpan dalam sistem "cloud" jika anda meninggal dunia bagaimana dengan aset gambar tersebut. 
Termasuk kepada mereka yang terlibat dengan "cryptocurrencies".
Salah satu syarikat perwarisan harta telah menyediakan satu dokumen dinamakan Digital Asset Memorandum, untuk client listkan "password". Dan clients simpan dokumen ini sehingga client meninggal.

Bagi seorang muslim, cara pengagihan digital asset ini masih dalam kajian. Tetapi, bagi saya satu undang-undang baru perlu di perkenalkan untuk "Digital Asset" untuk seorang Muslim atau bukan Muslim

Khairul Anwar, AFPM
Kuala Lumpur
30 Sept 2018

#wasiat #waris #hartapusaka #keluargasakinah #hartapusaka #facebook #malaysia #digital #jurugambar

Wednesday, August 15, 2018

Satu Juta Polisi


RM1,000,000.00

Cuba bayangkan jika ada nilai RM1,000,000.00 dalam akaun anda sekarang. Bayangkan anda telah letak ibu jari di bahagian bawah talifon bimbit sebagai akses kod untuk membuka applikasi perbankan anda. Terperanjat apabila, keluar nilai di atas.

Jika anda terima wang ini sebagai hadiah daripada kawan yang pemurah, sudah pasti anda bersyukur. Jika anda terima wang ini sebagai pampasan kerana anda tidak mampu lagi bekerja disebabkan oleh anggota badan yg digunakan untuk menjalankan aktiviti harian lumpuh. Apakah perasaan anda?

Daripada nilai RM1,000,000.00 anda boleh simpan di institusi kewangan yang menawarkan kadar dividen tetap. Katakan menjana sebanyak 3.35%, oleh itu anda akan menjana sebanyak RM33,500.00 pada tahun akan datang. Dan perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM2,700.00. Nilai pokok tidak susut bahkan mewujudkan nilai tambahan.

Pernahkah anda berfikir, sumber kewangan anda apabila anda berada dalam kesusahan.

Hubungi saya, untuk keterangan dan bantuan mengenai nilai pampasan diri anda.

Khairul Anwar,
Associate Financial Planner Malaysia (AFPM)
019 2717006
www.khairulanwar.my

Associates Member 017251 | Financial Planning Association Malaysia 

Tuesday, February 20, 2018

Dialisis Di Masjid


Salah satu projek kemasyarakatan yang dibincang dalam akhbar The Star 19 Februari 2018, adalah berkenaan dengan dialysis
1. Tempat dialysis yang di namakan adalah bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer PJ. Saya juga selalu ke sana tapi tak perasasn di sana ada pusat dialysis. Yang saya perasan ada dewan untuk kahwin sahaja.

2. Kos dialysis adalah paling murah dalam pasaran iaitu RM170.00. Namun pihak persatuan juga menerima semampu yang mungkin daripada pesakit.

3. Ada 7 mesin dialysis dan boleh menampung seramai 24 pesakit.

4. Kos perbelanjaan pusat rawatan tersebut adalah lebih kurang RM60,000.00

5. Mereka mengutip seumbangan daripada ahli persatuan yang juga menyasarkan sumbangan RM150,000.00
Ini adalah initiatif yang perlu di buat oleh semua pihak. Dan sumbangan itu mesti dari kita. Sebab itu, kalau kita bekerja bersungguh-sungguh kita dapat duit, kemudian kalau rasa tak nak kaya, majukan duit anda kepada mereka ini yang memerlukan.
Apa point sy kat sini
1. Bekerjalah sekuatnya, tanpa memikirkan hanya untuk kesenangan diri sendiri, fikir untuk bantuan orang lain. Dari situ Tuhan akan memberi ganjaran pahala dan dipermudahkan jalan ke Syurga yang kekal selamanya.
2. Masjid, sekarang bukan sahaja dibina untuk solat sahaja. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, untuk masyarakat yang kurang kemampuan. Dermalah setiap kali anda berkunjung ke masjid mengikut kemampuan anda.

3. Anda perlu tahu bahawa, kos rawatan bukan murah. Dan bukan semakin murah tahun ke tahun, Oleh itu, persiapan diri sendiri itu sangat penting.

Terima Kasih

Khairul Anwar.
www.khairulanwar.my

Monday, February 12, 2018

Kanser Perut - Kanser disebabkan tabiat pemakanan

Kanser Perut,

lebih dikenali dengan "gastric cancer". Satu penyakit kanser yang tinggi di negara seperti Korea dan Jepun. Malah, di Malaysia juga mempunyai kadar pesakit yang tinggi mengikut kaum tertentu.

Di Malaysia, Kaum cina dan India, adalah 4 kali ganda lebih terdedah kepada penyakt ini. Kenapa penyakit ini memilih kasih, kerana faktor dia adalah pemakanan, Makan Ikan mentah, kimchi, pemakanan lebih garam, jeruk, dan daging proses mcm nugget dan daging burger. pengambilan makanan kurang fibre juga boleh menyebabkan penyakit ini. Bagi kaum lelaki, merokok juga adalah salah satu sebab. Lebih kene jaga, bagi mereka yang mempunyai keluarga yang mengidap penyakti barah perut sebelum ini juga diminta untuk membuat "medical checkup"

Dari segi usia, penyakit ini boleh menyerang pada usia 40 tahun dan 50 tahun. Jika anda selalu sakit perut, mungkin disebabkan oleh sejenis bacteria Helicobacter Pylori.sp anda perlu segera mengambil antibiotics dan makan ikut tempoh yang diberikan. Sebab bacteria ini akan menyebabkan anda mengalami pendarahan dalam perut

Sedihnya, 3/4 pesakit yang dikenalpasti mengidap penyakit Kanser perut ini, sudah dalam stage 3/4. Dan kebanyakkan sering mengadu sakit gastris. Iaitu sakit pada bahagian atas abdomen.

Itu sahajalah, dari kos rawatan memang tinggi dan cara rawatan lebih kurang sama dengan penyakit kanser yang lain.

Terima Kasih

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
+6019 271 7006
www.khairulanwar.my