Sebelum memimpin saya belajar untuk memimpin.
Kita mulakan dengan apa yang saya selalu lihat"Ego seorang Leader"
Dalam pepatah english ada mengatakan "Pride comes before a fall"
Seseorang yang selalu bangga dengan diri akan pandang rendah kepada orang dan sudah semestinya jika anda sentiasa pandang rendah seseorang anda tidak akan pandang orang lebih hebat daripada diri anda.
Terdapat satu peribahasa Cina yang berbunyi – “Melukis ayam untuk menggambarkan burung phoenix.”
Peribahasa ini menggambarkan seseorang yang ego atau sombong, kerana dia mungkin merasakan bahawa sifat dan kualitinya adalah yang terbaik — malah lebih baik daripada orang lain — sedangkan hakikatnya mungkin tidak begitu.
Selain itu, orang yang ego — apatah lagi pemimpin yang ego — tidak akan bertanya atau menyemak sama ada tafsiran atau pemahaman mereka tentang sesuatu perkara itu betul atau tidak. Mereka hanya melakukan apa yang mereka rasakan betul dan apa yang menggembirakan diri sendiri.
Lucunya, mereka menganggap apa sahaja yang mereka katakan atau lakukan sentiasa betul, manakala orang lain pula sentiasa salah. Malah, mereka mungkin mengabaikan nasihat, pandangan dan maklum balas daripada orang lain.
Mereka seolah-olah tidak memahami bahawa orang lain boleh mempunyai sudut pandang atau perspektif yang berbeza. Mereka merasakan bahawa pandangan merekalah yang paling tepat dan paling mutlak.
Hakikatnya, sesuatu pandangan atau pendapat hanya dapat diuji melalui perbincangan dengan orang lain. Seseorang itu tidak akan benar-benar memahami sesuatu perkara selagi belum melihatnya dari sudut yang berbeza atau daripada kedua-dua sisi secara menyeluruh.
Pemimpin yang berjaya lazimnya tidak membesarkan diri atau menganggap diri mereka lebih penting daripada orang bawahan mereka. Sebaliknya, sebagai individu yang berfikiran terbuka dan matang, mereka meletakkan kepentingan rakyat atau pasukan mereka di hadapan.
“if your ego starts out, ‘I am important, I am big, I am special’, you’re in for some disappointments when you look around at what we’ve discovered about the universe. No, you’re not big. No, you’re not. You’re small in time and in space. And you have this frail vessel called the human body that’s limited on Earth.” (Neil deGrasse Tyson)

No comments:
Post a Comment