Monday, November 5, 2018

Medical Inflation 2018, 10.3%?



Malaysia has experienced "a consistent increase in medical costs since 2016, resulting in the largest growth of all sureveyed Asia-Pacific countries." 

Friday, November 2, 2018

Wakaf Harta untuk kebaikan akhirat

Peringatan Allah SWT supaya kita sentiasa menginfaqkan harta dengan cara berwakaf, sedekah dan sebagainya semasa hayat masih ada.



Sesungguhnya harta yang kita wakafkan akan menambah amalan kita untuk menghadapi kesengsaraan hari akhirat. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya antara perkara-perkara yang akan mengiringi seseorang mukmin daripada amalan dan kebaikan, selepas kematiannya ialah ilmu yang diajarkan dan disebarkan kepada orang lain, anak soleh yang ditinggalkan, al-Quran yang diwariskan, masjid-masjid yang dibina, rumah-rumah musafir yang didirikan, anak-anak sungai yang dialirkan, atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika masih sihat dan hidup dan akan mengiringinya selepas kematiannya”.


Mohon sumbangan wakaf.
https://www.facebook.com/KompleksMasjidTamanSutera/posts/1375544565882274?__tn__=K-R

#wakafharta #wakaf #takaful

Tuesday, October 9, 2018

Aktiiviti sukarelawan bersama Prudence Foundation di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan

A pict with Zul, a Cha-Ching Characters at SK Haji Hasan. 
Karnival Cha Ching
Sekolah Kebangsaan Haji Hasan, Tapah Road, Perak 
Tarikh : 2 dan 3 Oktober 2018


Apabila saya bertanya kepada rakan-rakan, termasuk rakan-rakan pruvolunteer saya, saya bertanya, sepanjang anda berada di sekolah, siapa yang datang ke sekolah anda dan memberi penerangan berkenaan dengan kewangan.

Kebanyakan dari mereka menjawab, ada Bank. Bank akan datang buat buku simpanan. Saya bertanya lagi, ada tak program sebegini di sekolah, kesemua mereka menjawab, tiada? Anda, ada tak?

Prudence Foundation dengan kerjasama Yasasan Generasi Gemilang, berusaha ke setiap sekolah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan kepentingan simpanan, cara perbelanjaan yang efektif dan kebaikan menderma. Untuk peringkat rendah dan menengah.

"cha-ching" pernah dengar? Jika anda seorang ibu bapa yang sering menggunakan talifon bimbit ataupun "tablet" untuk membuatkan anak anda tenang dan tidak merenget, ataupun anak anda sendiri pantang melihat talifon bimbit anda, anda boleh layari youtube kami

https://www.youtube.com/user/ChaChingVideos

Koleksi animasi ini, di bina dan menceritakan kepentingan pengurusan kewangan di kalangan anak-anak anda. Bukalah sekarang, dan simpan dalam "favourite" anda.

Satu kaedah belajar luar kelas yang sangat penting sekarang. Impak, dari program ini sangat positive. Selepas daripada program ini, apabila kami melakukan Follow Up, didapati ada parent mengatakan bahawa anak mereka berubah cara pemikiran ketika berbelanja.

Kepada rakan-rakan agen Prudential yang berminat, masih banyak peluang untuk anda sertai kami, dan kami mengalu-alukan anda. boleh email kepada csr@prudential.com.my untuk mengetahui next activity yang telah mereka sediakan.

Last skali,
“Volunteers do not necessarily have the time; they just have the heart.”
“You make a living by what you get. You make a life by what you give.” 



#mypruvolunteer

Sunday, September 30, 2018

Account Media Sosial, pernah terfikri untuk mewariskan atau tidak pernah terfikir.


Satu kes mahkhamah pada tahun 2012, seorang ibu yang telah kematian anak meminta kebenaran daripada Facebook untuk membuka account anaknya. Di khuatari anak nya itu meninggal kerana membunuh diri. Disebabkan "social media' tersebut tidak mengizinkan, kes di bawa ke mahkhamah. Setelah bertahun kes itu, mahkhamah mengisytiharkan bahawa masej dalam facebook itu seperti juga asset dan boleh di berikan kepada waris seperti mana anda tinggalkan surat dan diari kepada orang yang tersayang. Perbicaraan kes ini berlaku di German.

Kalau anda, mungkin akaun Facebook anda tidak penting, bagi mereka yang berniaga, akaun Facebook dan media sosial yang lain sangat penting, kepada siapa akaun ini akan diserahkan. Kepada jurugambar professional, anda mempunyai gambar yang menarik yang juga merupakan aset anda di simpan dalam sistem "cloud" jika anda meninggal dunia bagaimana dengan aset gambar tersebut. 
Termasuk kepada mereka yang terlibat dengan "cryptocurrencies".
Salah satu syarikat perwarisan harta telah menyediakan satu dokumen dinamakan Digital Asset Memorandum, untuk client listkan "password". Dan clients simpan dokumen ini sehingga client meninggal.

Bagi seorang muslim, cara pengagihan digital asset ini masih dalam kajian. Tetapi, bagi saya satu undang-undang baru perlu di perkenalkan untuk "Digital Asset" untuk seorang Muslim atau bukan Muslim

Khairul Anwar, AFPM
Kuala Lumpur
30 Sept 2018

#wasiat #waris #hartapusaka #keluargasakinah #hartapusaka #facebook #malaysia #digital #jurugambar

Wednesday, August 15, 2018

Satu Juta Polisi


RM1,000,000.00

Cuba bayangkan jika ada nilai RM1,000,000.00 dalam akaun anda sekarang. Bayangkan anda telah letak ibu jari di bahagian bawah talifon bimbit sebagai akses kod untuk membuka applikasi perbankan anda. Terperanjat apabila, keluar nilai di atas.

Jika anda terima wang ini sebagai hadiah daripada kawan yang pemurah, sudah pasti anda bersyukur. Jika anda terima wang ini sebagai pampasan kerana anda tidak mampu lagi bekerja disebabkan oleh anggota badan yg digunakan untuk menjalankan aktiviti harian lumpuh. Apakah perasaan anda?

Daripada nilai RM1,000,000.00 anda boleh simpan di institusi kewangan yang menawarkan kadar dividen tetap. Katakan menjana sebanyak 3.35%, oleh itu anda akan menjana sebanyak RM33,500.00 pada tahun akan datang. Dan perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM2,700.00. Nilai pokok tidak susut bahkan mewujudkan nilai tambahan.

Pernahkah anda berfikir, sumber kewangan anda apabila anda berada dalam kesusahan.

Hubungi saya, untuk keterangan dan bantuan mengenai nilai pampasan diri anda.

Khairul Anwar,
Associate Financial Planner Malaysia (AFPM)
019 2717006
www.khairulanwar.my

Associates Member 017251 | Financial Planning Association Malaysia