Friday, June 11, 2021

Tiada Rumah Untuk Waris, Faktor dan Penyelesaiannya




Rumah Untuk Waris

Saya pun beli rumah untuk isteri saya untuk anak-anak saya berlindung semasa saya ada ataupun ditakdir kita pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

Tetapi kenapa sesetengah rumah, apabila berlaku kematian, didapati rumah tersebut terpaksa di jual menjadi bank lelong.

Rumah terpaksa jual adalah kerana waris mungkin terpaksa melakukan perkara-perkara berikut
1. Membayar baki pinjaman bank atas pinjaman rumah.
2. Untuk menyelesaikan hutang selain hutang rumah yang masih tertunggak.
3. Untuk digunakan sebagai wang bagi pengagihan faraid antara penerima faraid si mati.

Bank lelong pulak berlaku mungkin apabila
1. Waris faraid yang menerima rumah tersebut tidak mampu membayar pinjaman bank. So, dalam tempoh tertentu rumah itu terpaksa di lelong jika baki pinjaman gagal di bayar.

Solusi.
1. Jika anda membeli rumah sertakan sekali dengan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) secara full term dengan tempoh pinjaman.
2. Backup dengan baki pampasan kematian pada sijil takaful peribadi untuk menampung baki pinjaman.
3. Dokumenkan wasiat.
4. Dokumenkan Hibah Harta untuk rumah tersebut.

Proses penyelesaian hutang bergfungsi supaya simati tidak meninggalkan hutang rumahnya sekaligus menjadikan rumah tersebut adalah milik waris yang sah.
Proses dokumentasi wasiat dan hibah harta, supaya waris tahu hajat simati keatas harta yang ditanggalkan dan hibah harta yang telah diamanahkan dapat diserahkan kepada penerima hibah.

Salah anggap apabila kita sering diingatkan untuk menggunakan wang yang berikan kepada waris (melalui cara hibah takaful) bagi membayar baki pinjaman rumah bagi mengelakkan perebutan harta pusaka. Duit semata-mata tidak boleh menyelesaikan masalah harta, dokumensi yang mempunyai hitam putih harus disediakan untuk memudahkan waris yang ditinggalkan mengetahui apakah hajat si mati.


Untuk berbincang lebih lanjut, boleh hubungi saya

Khairul Anwar
019 271 7006
khairulanwar426@gmail.com

Diskusi boleh diberikan melalui kaedah online.


Sunday, June 6, 2021

Faktor Kenaikan Harga Takaful

 






Betulke syarikat insurans mengambil peluang kesusahan kita pada masa pendemik dengan kenaikan harga?

semestinya tidak, sebab itu takaful mengambil tanggungjawab untuk tidak memberi perlindungan semasa pendemik. pendemik selalunya di hantar ke hospital kerajaan atau bayar secara tunai di hospital swasta.
bayangkan jika ada seseorang mengatakan bahawa takaful mereka memberikan perlindungan atas penyakit dalam pendemik. berapa juta wang takaful terpaksa digunakan untuk menampung kos. sekaligus meningkatkan kos tabaru' terhadap diri kita.
Kenaikan harga takaful oleh PruBSN adalah kenaikan untuk kad perubatan sahaja atas faktor luaran yang susah bagi aktuari kami untuk kawal. Faktor tersebut adalah :
- jatuh nilai mata wang
- kadar insflasi perubatan yang sangat tinggi
- penggunaan alatan yg lebih modern.
- real estate value (hospital)
- income of practitioners, nurses.
- hospital cost.
Eh satu lagi, takaful juga sering merangka strategi untuk mengenal pasti bahawa claim anda genuine ataupun tidak. kalau anda masih sihat, sakit pun tak kritikal. Anda masih boleh lagi mempunyai kad perubatan dan apply takaful. Jangan bertangguh.


Khairul Anwar


Friday, June 4, 2021

Perbezaan Hibah dan Wasiat (bahasa pasar)

Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh client saya secara bertulis berkenaan dengan penamaan Hibah dan wasiat. Apakah perbezaan antara keduanya.
Saya percaya, ramai yang ada disini memilih jalan penamaan Hibah (Hibah bersyarat) berbanding wasi. Tetapi tahukah anda apakah kelebihan dan kekurangan antara duanya. Meh sini, saya terangkan
Hibah
1. Paling popular dalam penamaan polisi, dikatakan boleh diagihkan secara terus kepada si penama.
2. RIalitinya adalah hibah dalam takaful ini adalah hadiah. Hadiah kita berikan kepada orang yang masih hidup, Dan tertakluk kepada apa sahaja perkara yang di lakukan oleh penerima hadiah tersebut tanpa boleh persoalkan.
3. Justeru, hutang si mati adalah tertakluk kepada penerima hibah untuk selesaikan ataupun tidak. Jika si penerima hibah tidak mahu selesaikan hutang yang telah di amanahkan oleh pemegang polisi ketika hayat. Tiada undang-undang dunia yang boleh menghukum penerima hibah. Nama pun penerima Hibah, bukan penerima amanah.
4. Jika si pnerima Hibah meninggal dunia sejurus selepas si pemberi hibah meninggal. contoh suami memberikan hibah kepada isteri, dan suami meninggal dahulu dan isteri meninggal kemudian dalam satu kemalangan. Waris isteri akan menerima hibah yang diberikan oleh arwah suami itu, dan perlu diagihkan mengikut Faraid isteri, bukan faraid suami. Jika suami ada berhutang, dan mahu menyelesaikan hutang tersebut menggunakan Hibah tersebut. Mungkin tidak tercapai jika tiada kesepakatan penerima Faraid isteri.
5. Penerima hibah diberi mengikut amaun yang telah diberikan oleh si pemberi hibah, jika salah seorang penerima hibah itu meninggal sebelum daripada si pemberi hibah meninggal (pemberi hibah tidak sempat menukar penama), bahagian penerima hibah yang meninggal tersebut akan menjadi faraid kepada pemberi hibah. Contoh, Nilai hibah 100,000 dibahagikan kepada dua, dapat seorang 50,000. Salah seorang penerima hibah meninggal, yang hak 50,000 salah seorang penerima hibah itu kembali kepada si pemberi hibah dalam bentuk faraid.
6. Hibah tidak boleh di berikan kepada institusi, ianya hanya untuk individu sahaja. Tapi selalunya akan dinamakan orang yang menjaga institusi tersebut. Namun ia adalah amanah penerima hibah untuk menunaikan hajat si pemberi hibah. Jika si penerima hibah tidak menggunakan duit tersebut dengan adil ia tidak boleh di dakwa.
7. Hibah diberikan kepada anak angkat, bukan sebab anak angkat tidak menerima hak faraid, sebab untuk anak angkat merasa sedikit sama dengan anak kandung yang menerima harta pusaka secara faraid. Sebab, kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa sama ada anak angkat dan anak kandung
8. Jika hanya mempunyai anak perempuan, Hibah ini membantu untuk memberikan sedikit kewangan kepada mereka untuk mereka survive.
9. Menggunakan hibah untuk membayar baki hutang rumah untuk mendapatkan hak rumah tersebut bukannya jalan yang
terbaik
. Yang
terbaik
adalah untuk anda menguruskan wasiat rumah tersebut. Hibah bersyarat takaful tidak mampu untuk memastikan rumah tersebut adalah milik penerima hibah dengan hanya membayar baki pinjaman kepada bank. Banyak lagi perkara yang perlu dibuat dalam pengurusan harta pusaka.
10. Hibah dapat digunakan supaya anak dapat harta yang ditinggalkan oleh ibu/ayah secara sama rata tidak kira lelaki dan dan perempuan.
Wasi

1. Wasi adalah pentadbir kepada pampasan takaful yang diterima. Justeru, diingatkan jika penamaan wasi, bukan hak penerima wasi tersebut. Wasi berparnan untuk mambayar hutang si mati, dan juga mengagihkan wang pampasan tersebut kepada semua penerima-penerima faraid.
2. So jika penerima faraid melepaskan haknya, maka boleh la diagihkan kapada sesiapa yang di kehendakinya.
3. Jika penama wasiat tersebut meninggal selepas sahaja pemilik sijik takaful meinggal, wakil daripada penerima faraid yang lain boleh menuntut selepas mendapat keizinan daripada mahkhamah. Namun tetap perlu diagihkan secara faraid termasuk membayar hutang si mati.
4. Jika ada dua pentadbir, salah satu pentadir meninggal dunia, ia akan diserahkan kepada pentadbir yang lain.
5. Bagi saya penamaan wasi ini lebih baik jika anda terbeban dengan hutang yang besar, dan saya juga menasihati client saya untuk first polisi, cara penamaan yang
terbaik
adalah wasi. Second polisi barulah kita laksanakan hibah.
6. Jika pentdbir salah guna wang pampasan takaful untuk kegunaan sendiri, ataupun tidak memabayar hutang si mati, dan juga agihkan wang tersebut kepada penerima faraid lain. Penerima faraid lain boleh membawa perkara ini ke mahkhamah kerana pecah amanah.
Diingatkan hak faraid boleh dilepaskan daripada si penerima faraid. Contoh, ayah meninggal dunia tinggalkan anak perempuan, antara penerima faraid adalah atuk (iaitu ayah kepada ayah). Atuk boleh katakan untuk agihkan nilai faraidnya kepada dua cucu perempuan dia secara adil.
Perkara ini untuk mereka yang dah ada takaful sahaja, yang belum ada, sign up skrg. kerana takaful lebih banyak memudahkan darisegi legasi ditinggalkan.
khairul Anwar
Perunding Takaful
019 271 7006

Friday, April 30, 2021

Punca Harta Beku dan tidak dituntut


Perkara yang paling penting dibuat semasa hidup adalah pengurusan aset yang akan ditinggalkan kelak. Namun perkara ini jua lah yang selalumya diletakkan di bahagian belakang, kerana kita tidak tahu saat dan bila kita MENINGGAL DUNIA.
Maka setelah waktunya terlewat, mendatangkan pelbagai masalah kepada waris yang ditinggalkan, yang paling utama adalah pembahagian harta pusaka.
Apabila gagal membuat penulisan Wasiat ( Wasiat bermakna pengurusan harta yang ditinggalkan bukan harta yang diberikan kepada bukan waris ), Harta yang ditinggalkan mungkin boleh menjadi rebutan waris-waris Faraid dan menjadi satu masalah untuk diagihkan.
Justeru, diingatkan pada hari yang mulia ini
1. Penama pada semua sijil takaful, KWSP, Tabung Haji dan Lain-lain perlu di lakukan sekarang
2. Perlantikan pentadbir harta pusaka perlu dilakukan secepat mungkin, walaupun anda tahu bahawa harta anda akan bertambah atau berubah satu hari nanti. Tatapi kita tidak tahu sampai bila kita boleh mengumpulkan harta yang ada.
Ketarangan lebih lanjut hubungi saya,
Khairul Anwar
019271 7006

Saturday, March 6, 2021

Kos pengurusan jenazah RM1,100 - dan cara untuk membuat penjimatan




Kos kematian
anggaran antara 1,000 sehingga 1,500 (meninggal dalam kawasan)
Alhamdulillah
Seorang muslim tidak perlu menyediakan kos yang besar selepas kematian, jika hendak melakukan kenduri tahlil selepas itu, hendaklah menggunakan duit waris, ataupun duit derma yang diberikan. Tetapi tidak wajib bagi keluarga untuk membuat demikian. Utamakan kepentingan waris yang ditinggalkan dahulu.
Masih ramai ke antara kita yang masih ingat mati itu adalah percuma? Jika anda seorang warganegara dan mempunyai saudara mara, sudah tentu ada saudara mara anda yang membantu anda dalam pengkebumian jika anda meninggal dunia. Jika hidup sebatang kara? Saya tak boleh cakap apa. Itulah kepentingan hidup bermasyarakat di dunia ini.
Mati guna duit khairiat. Duit khairat adalah untuk mereka yang memberi sumbangan khairat secara tahunan ataupun secara bulanan mengikut kariah masing-masing. Jika anda sendiri tidak pernah ke masjid kariah anda, kenapa bertanya berkenaan dengan khairiat kematian.
Pampasan takaful? perlu dituntut oleh waris, jika tiada waris siapakah yang menuntut? (jawapannya syarikat amanah, jika di amanahkan). Tapi mengambil sedikit masa untuk proses tuntutan.
Apa yang hendak saya sampaikan, masuklah khairat kematian di kawasan kariah anda. Bukan hanya bertujuan untuk pengurusan jenazah anda, ianya dapat membantu pihak masjid untuk menguruskan jenazah daripada peserta khairat kematian yang lain juga.
Ingat mati bukan percuma, janganlah hidup sebatangkara di dunia, hiduplah secara bermasyarakat.
Khairul Anwar
019 271 7006