Wednesday, August 11, 2021

Pembahagian Harta Pusaka Jika Si Mati meninggalkan Hibah Takaful




Berikut adalah cara pembahagian harta pusaka jika si mati sebagai contoh suami meninggalkan Hibah takaful.


1. Isteri akan menerima pampasan kematian suami secara Hibah, justeru isteri di haruskan untuk membayar hutang suami. Kenapa saya cakap harus, duit pampasan untuk penamaan hibah pada takaful adalah hak milik isteri tanpa boleh dibicara di mahkamah, kecuali jika suami membuat penamaan secara Wasi, isteri Cuma adalah pentadbir untuk pampasan itu sahaja, justeru isteri DIWAJIBKAN menggunakan wang pampasan tersebut untuk membayar pinjaman dan hutang lain si suami menggunakan duit tersebut sebelum diagihkan bakinya secara Faraid.


2. Selepas isteri membayar wang pampasan tersebut kepada bank, bank akan released kan harta tersebut atas nama arwah suami.


3. Justeru isteri perlu mendapat persetujuan semua penerima faraid dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai pentadbir atas pengurusan rumah tersebut, jika tiada penulisan wasiat secara sah dan bertulis di lakukan. Jika sudah ada, tidak perlu lagi. Pentadbir akan mendapat hak untuk menguruskan dan mengagihkan harta pusaka tersebut.


4. Isteri dalam bahagian suami masih lagi ada hak ke atas rumah tersebut, kerana selepas kematian si mati, waris pertama hendaklah melangsaikan hutang, agihan untuk harta sepencarian dan barulah pengagihan hak faraid.


5. Jika isteri mahu terus tinggal dalam rumah tersebut dengan anak-anak tanpa gadai rumah tersebut untuk kepentingan penerima faraid yang lain, sebagai contoh dalam kes ini ayah dan emak arwah suami, isteri boleh membayar balik nilai rumah tersebut kepada ayah dan emak arwah suami jika mereka tidak melepaskan hak mereka. Tetapi, lebih baik bagi saya berbincang dengan antara keluarga supaya harta tersebut tidak tergadai dan juga tidak membebankan si isteri dan anak-anak. Si ayah dan emak juga mempunyai kuasa untuk melepaskan hak faraid.


6. Selepas semua dipersetujui barulah rumah tersebut boleh dipindah milik kepada si isteri dan menjadi hak milik isteri, jika isteri meninggal dunia akan menjadi hak milik anak lelaki dan anak perempuan pula.


Inilah sebenarnya perjalanan seorang isteri ataupun suami untuk menuntut sebiji rumah. Kalau ada keraguan ataupun kesalahan boleh PM saya.


Hibah dapat membantu isteri untuk mendapatkan wang segera bagi kelangsungan hidup keluarga.
Penulisan Wasiat beserta perlantikan pentadbir dapat membantu pengagihan harta terus kepada waris yang hendak diberikan.

Khairul Anwar
019 271 7006

Friday, August 6, 2021

Perbezaan antara Harta yang berwasiat dan harta yang tidak ada wasiat

 

Daripada pernyataan dalam ayat di atas, sebagai contoh, jika si mati tadi masih mempunyai hutang maka kelewatan dalam mencairkan harta tadi akan menyebabkan hutangnya lambat untuk dibayar.

Sedangkan dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidhi, nabi ada bersabda
Roh (orang mati) yang beriman tergantung (terawang-awang) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutangnya itu dilangsaikan (oleh ahli keluarganya atau orang lain).

Begitu juga jika si mati masih lagi mempunyai hutang zakat yang perlu ditunaikan, ataupun jika dia menyatakan hasratnya untuk mewakafkan atau menyedekahkan sebahagian hartanya bagi tujuan kebajikan selepas dia meninggal dunia.


Jika harta yang ditinggalkan tanpa #wasiat , natijahnya waris perlu mendapatkan tandatangan kesemua penerima fariad dan melantik salah seorang daripada #waris tersebut sebagai pentadbir. Urusan ini juga perlukan komitman salah seorang daripada waris.
Pengurusan #hartapusaka untuk kematian tanpa wasiat adalah bergantung kepada nilai harta yang di tinggalkan, Jika nilai harta itu tinggi, maka waris terpaksa pergi ke Amanah Raya ataupun Mahkmah Tinggi untuk menyelesaikan harta tersebut.
Jika di luar pengetahuan simati, sebahagian harta itu menjadi milik #Baitulmal, maka tanpa perancangan yang baik semasa hidup, mungkin harta tersebut terpaksa di jual. untuk mencairkan harta-harta tersebut.
Tempoh masa ini bergantung kepada persetujuan penerima #faraid dan #pentadbir yang diamanahkan untuk menguruskan harta-harta simati.
Oleh itu, bagi mengurangkan kesukaran ini hendaklah anda yang membaca untuk memikirkan untuk menulis wasiat yang sah sebelum kita pergi buat selamanya yang tidak di ketahui bila.


Jika anda meninggal dunia dan telah melantik pentadbir, urusan pengurusan harta pusaka anda lebih mudah, kerana proses pengurusan #hartapusaka anda tidak sukar berbanding dengan #tanpawasiat.
Selepas berlaku #kematian, #Wasi (pentadbir) akan memohon untuk mendapatkan Probet dan Sijil Faraid daripada mahkamah tinggi, dan selepas mendapat Probet, Wasi akan menguruskan harta tersebut untuk diagihkan kapda waris samada mengikut faraid ataupun apa yang telah di wasiatkan oleh si mati.
Proses ini cepat dan memudahkan, sebab pengurusan harta pusaka perlulah di lakukan dengan segera. Jika hajat si mati untuk mewakafkan sebahagian harta mereka kepada sesebuah institusi, #wakaf tersebut dapat dijalankan dengan cepat, jika ada hutang, hutang dapat diselesaikan dengan cepat
Wasi yang saya cadangkan adalah As-Salihin Trustee Berhad
Hubungi saya
019 271 7006
Khairul Anwar

Monday, July 26, 2021

Pernah kene Demam Denggi




Pernah kene demam denggue?

Saya pernah kene sekali, menyebabkan bill hospital pada waktu mencecah RM11,000. Rasa sakit-sakit badan itu memang sangat kuat, hilang selera makan, turunnyan berat badan secara mendadak dan juga lemah badan.

Sewaktu appoitment terakhir saya dengan Dr Norazlina, beliau menasihati saya untuk berpakaian lengan panjang, dan kemungkinan di jangkiti lagi sekali sebanyak 3 kali. Dan jangkitan yang seterusnya severe die lagi teruk berbanding yang pertama.

Demam Denggue ini boleh menggunakan kad perubatan jika tuan puan hendak membuat rawatan di hospital swasta boleh menggunakan kad perubatan bukan pandemik.

Sebab itu kad perubatan komprehensif, memilikinya tidak akan rugi

DM Me
Khairul Anwar
019 271 7006

#kadperubatan #medicalcard #prubsn

Sunday, July 4, 2021

Jika anda berhutang, amalkan doa ini pagi dan petang




Waktu pendemik ini, ada satu kerisauan yang menyebabkan kita rasa terbeban dengan masalah kewangan kadang-kadang boleh jadi seperti hilang pertimbangan kita iaitu Hutang. 

Ada satu doa daripada Rasullah s.a.w yang kalian mesti hafal kemudian baca ayat ini setiap hari pagi dan petang, (iaitu ayat pada gambar)

Sejarah penurunan ayat seperti mana tertulis dalam kita al-ma’thurat susunan As Syahid Imam Hassan Al Banna 

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?

Jawab Abu Amamah : Beberapa urusan hutang yang menyebabkan aku terasa gelisah wahai Rasulullah

Maka jawab baginda : Tidakkah sepatutnnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau membacanya, akan dihilangkan oleh Allah swt penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?

Jawabnya : Ya!

Lalu baginda bersabda : Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (ayat di gambar). Kemudian saya berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah makan Allah s.w.t telah menghilangkan penyakit resah dan segala hutang saya dapat diselesaikan.


Walahu’alam