Wednesday, January 3, 2018

TIndakan FAST jika terlihat seseorang mengalami "Brain Attack"


FACE - Muka berubah, atau senget sebelah. Untuk lebih lanjut, minta si pesakit senyum,
ARM WEAKNESS - Minta si pesakit menaikkan tangan kedua-dua sekali, Adakah tangan yang diangkat sama tinginya. Satu lagi sintom adalah tangganya jatuh kebawah.
SPEACH DIFFICULTY - Dengar baik-baik kata-kata si pesakit. Ada sesetangah perkatan  yang kurang difahami, anda boleh minta si pesakit ulang balik apa yang dia cakap, dan dengar baik-baik
TIME TO CALL 911 - Jika mana-mana sintom ini wujud, segera call ambulans. Maybe tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Thursday, October 12, 2017

Apa yang Bank akan Lihat Sebelum "approved" pinjaman perumahan anda

Assalamualaikum

Terlebih dahulu terima kasih kepada Mak Kum Shi dan Priya Rama Dari Smart Investor kerana telah berkongsi dengan kita semua tentang tajuk yang sangat bermakna, terutamanya kepada golongan yang berusia 25 tahun keatas yang akan berhijrah ke alam rumah tangga dan mempunyai keinginan untuk membeli rumah, terutamanya di Lembah Klang.

Untuk rekod, 5 tahun yang pertama pada tahun 2017 mencatatkan jumlah pinjaman sebanyak RM 40 billion. Dan ianya dianugerahkan kepada 152,000 peminjam dan jangan terkejut bahawa 3/4 daripada peminjam adalah pembeli rumah pertama. Bank juga masih lagi mengekalkan kadar kelulusan pinjaman rumah kepada 74%. Bank juga telah memberi banyak initiative kepada pembeli rumah, terutamanya kepada pembeli rumah PR1MA.

Bank hanya menawarkan pinjaman rumah kepada semua peminjam yang layak, dan anda tidak perlu risau, kerana mereka hanya "reject" kepada pemohon yang secara jelas tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayai pinjaman ataupun mengalami masalah "credit" yang telah digunakan sekarang.

Membeli rumah adalah satu komitment jangka masa yang sangat panjang. Oleh itu peminjam haruslah mengira secara terperinci berkenaan dengan pinjaman perumahan mereka. Termasuk juga menyediakan kira-kira jika berlakunya kecemasan.

Table 1 adalah anggaran jika anda membeli rumah RM300,000 dan anda kadar pinjaman perumahan anda hendkalh tidak lebih daripada 25% daripada pendapatan anda.


Yang bawah ini penting, kesilapan yang selalu dilakukan oleh mereka yang hendak membuat pinjaman perumahan.

1. Tidak menyediakan dokumen pendapatan yang cukup atau tidak menyetakan pendapatan tambahan seperti alaun, pendapatna pinjuaman perumahan, dan komisyen.

2. Selalu berubah-rubah tempat kerja.

3. Ada buat perbelanjaan yang besar sebelum membuat pinjaman perumahan seoerti mengambil loan pinjaman peribadi, ataupun menggunakan kad kredit untuk membeli barang yang sehingga habis limit.


Agaknya, penting tak memiliki rumah pada usia muda.Yup penting, elakkan menyewa sepanjang hayat. Kerana jika anda hidup menyewa, ianya akan merugikan anda. Walapun rumah itu kecil. Tetapi jadikanlah ia satu permulaan asset hartanah anda. Dan berusahalah lagi, untuk mendapatkan aset-aset hartanah yang lain. Akhir sekali pesanan saya, bila dah lulus pinjaman perumahan nnt jangan lupa hubungi saya, untuk MLTT. Untuk melindungi kadar hutang diatas pinjaman anda.

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
019 2717 006

Monday, April 10, 2017

Brain Tumor - Penyakit Barah Otak

Assalamualikum Dan Salam Sejahtera,

Lama dah saya tidak menulis apa-apa berkenaan dengan info penyakit dan kewangan dalam takaful. Banayk sebenarnya yang saya hendak kongsikan kepada anda. Namun. kekangan masa membuatkan penulisan saya terhenti buat seketika. Kali ini, saya terdetik hendak menulis sesuatu isu yang sangat penting, seperti mana yang tertulis pada tajuk posting saya pada hari ini iaitu, Brain tumor atau dalam bahasa Melayu "Penyakit Barah Otak"

Penulisan yang saya buat adalah berkaitan dengan kejadian yang baru sahaja berlaku tadi, kedengar seorang junior daripada sekolah saya meninggal sejuruh pengsan pada 2 hari yang lepas dan tanpa disedari oleh arwah sendiri, beliau sebenarnya mengidap penyakit barah otak. Sehinggakan sampai satu peringkat otak beliau tidak dapat berfungsi. Dan di Malaysia, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subraminam mendedahkan tapa disedari 30% atau 4.2 Juta Rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas mengalami masalah kesihatan mental.

Saya tidak mengkaitkan antara penyakit barah otak dan juga masalah mental. Tapi saya dedahakn disini bagaimana sintom-sintom yang mungkin ada pada anda, yang anda juga perlu semak di peringkat awal
1. Sakit Kepala
2. kebas atau kesemutan di tangan atau kaki
3. sawan
4. masalah ingatan
5. perubahan pada mood dan personaliti
4. masalah semasa melakukan kira-kira
5. masalah kita berjalan
6. pening dan muntah
7. perubahan dalam pertuturan. penglihatan atau pendengaran

Semua sebab itu adalah daripada kegagalan saraf otak berfungsi. Adakah anda perlu selesa dengan usia anda yang masih muda sekarang? Sudah tentu penyakit barah otak ini tidak memilih usia untuk mengenali mangsanya dan juga paling menakutkan sehingga hari ini scientics tidak dapat memberi sebab-sebab yang jelas kenapa berlakunya penyakit ini.

Jenis-jenis penyakit tumor yang ada pada peringkat dewasa adalah astrocytoma, meningioma dan oligodendroglioma. dan untuk kanak-kanak adalah medulloblastoma, grade I or II astrocytoma, ependymoma, dan brain stem glioma.

Ada scientics yang bmembuat kajian bahawa sebab berlaku brain tumer adalah kapabila berlaku ionizing radiation daripada high dose X-rays dan juga keturunan, Rawatan untuk penyakit ini, antaranya pembedahan ataupun chemotherpy.

Akhir sekali, penyakit ini adalah perkara yang kita tidak dapat kawal. Apa yang kita perlu kawal adalah cara kehidupan, pemakanan dan juga kesedaran atas penyakit yang ada untuk kebaikan pada masa akan datang. Saya doakan kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu


Khairul Anwar
Takful Agent
Prudential BSN Takaful Berhad

Saturday, October 1, 2016

Hari ini, 1 Oktober 2016, sudah masuk ke Quarter-4. Bagi mereka di bidang sales, ini adalah pecutan 3 bulan terakhir sebelum masuknya tahun 2017. Quarter-4 ini melahirkan beberapa kategori, mereka yang telah menarik handbrake, iaitu mereka dah malas dah nak kerja target mereka yang mereka impikan pada Januari 2016, kedua mereka yang masih lagi kekal momentum untuk mencapai apa yang dihajati, dan terus berusaha untuk mecapai target tersebut. Dan kategori ketiga, mereka yang telah capai matlamat mereka. Dan pada quarter-4 ini mereka hendak terus lagi memacu kehadapan agar dapat lebih lagi. Orang berjaya tidak akan mudah mengalah.
 


Quarter-4 adalah quareter yang sangat sibuk dan stress. Ada yang tidak cukup tidur, dan bagaimana tips yang saya akan berikan sebentar nanti membantu anda untuk terus kekal produktif



1.  Atur perancangan Masa anda.
 


Kita hanya mempunyai masa 24 jam sehari. Untuk memamfaatkan masa 24-jam yang ada pada diri kita, fokus adalah yang lpaling utama. Caranya? dengan melakukan to-do-list setiap hari, untuk memastikan anda fokus, keutamaan pada hari tersebut. 3 cara yang sangat mudah untuk anda ikuti
i. Membuat Perancangan "Plan" - Ini sangat penting, sebelum anda membuka komputer anda. Duduk dulu diatas meja, ambil sehelai kertas A4 kosong dan tulis apakah perkara yang anda akan lakukan pada hari ini yang menjadikan anda lebih produktif. Selepas itu, ambil kalendar ataupun Planner anda (bukan kalendar, atau planner elektronik) dan letakkan masa bila perkara tersebut perlu dilaksakan. Letakkan perkara yang paling susah dan penting pada permulaan hari anda terlebih dahulu.
ii. Re-Fokus - Cara untuk memastikan anda sentiasa fokus dengan apa yang anda telah rancanakan adalah dengan set masa pada jam ataupun talifon bimbit anda untuk berbunyi setiap 1 jam. Bermakna, jika talifon anda berbunyi anda perlu berfikir sejenak, adakah satu jam sebelum ini anda merupakan seorang yang Produktif? Selepas itu, lihat balik kalendar ataupun planner anda dan mengenal pasti apa yang anda perlu lakukan selepas ini.
iii. Menganlisa "Review" - Bila? Malam. Selepas anda tutup komputer anda, sebelum anda tidur, anda lihat balik apa yang anda lakukan pada  hari ini. Berapa % apa yang anda hendak buat ini berjaya dilaksakan? Apa yang menghalang anda melakukan perkara yang telah dirancang? Cara apa yang anda hendak buat agar lebih Produktif pada hari esok?

2. Jujur pada diri sendiri. 

Ingatlah bahawa anda adalah seorang yang istimewa dan anda satu2nya yuang layak menerima hadiah daripad adiri anda sendiri. Anda perlu pastikan kerja anda selesai sebelum tamat waktu kerja anda, kemudian tinggalkan kerja anda di pejabat. Ini bermakna anda tidak perlu risau atau fikir tentang masalah di tempat kerja setelah anda kelaur daripada pejabat anda. Setiao hari, walaupun anda sibuk mana sekalipun, lampangkan masa 30 minit untuk melakukan perkara yang anda rasa enjoy dan mendapatkan ketenangan seperti contoh mandi, tengok rancangan kegemaran anda ataupun baca buku kegemaran anda . Jika anda seorang muslim, cari kelapangan masa ini antara maghrib dan isya' untuk mencari ketanangan dengan Tuhan, Dan pada hujung minggu pula, pergi keluar  untuk bersiar-siar. Perkara ini nampak macam sia-sia, tetapi mengasihi diri anda boleh mengurangkan stress dan anda lebih gembira. Orang yang gembira akan menjadi lebih sihat dan produktif

3. Keluarkan peluh dengan bersenam

Bersenam bukan sahaja berlari, apa2 aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Naik tangga 10 kali dari tingkat bawah ke tingkat 10 dalam pejabat anda juga dikira sebagai bersenam. Aktiviti fizikal ini, membantu minda anda lebih produktif. Maklumat-maklumat yang bercabang dalam minda anda akan mudah berhubing (feel-good neurotransmitter), yang dipanggil endorphins. Result dia anda akan lebih rilex dan tenang. Selepas bersenam juga anda mudah untuk tidur yang lazimnya di ganggu kerana stress, kemurungan dan kebimbangan.

4. Reward Yourself

Susah saya nak translate perkartaan Reward ini, sebab bagi saya reward ini adalah satu perkara yang sangat seronok diterima setelah kita mencapai apa yang kita telah target.  Reward setelah anda capai apa yang anda hendak capai pada tahun ini dengan bercuti di luar negara, ataupun apa sahaja perkara yang boleh mmeberikan anda motivasi untuk anda mencapai target anda seterusnya.

5. Sentiasa dalam keadaan Stamina Tinggi

Cara untuk anda kekal dalam keadaan berstamina tinggi adalah dengan makan makanan yang sihat (tidak skip jadual pemakanan dan mengikut piramid makanan), berehat secukupnya dan minum banyak air. Dan anda juga boleh mengambil makanan tambahan organik yang membantu anda minda anda sentiasa peka dan fizikal anda lebih aktif. 




Khairul Anwar Bin Abu Mansor
019.271.7006
khairulanwar426@gmail.com
www.khairulanwar.my



sumber : Diterhemahkan daripada artikal yang disediakan oleh Eu Yan Sang.

Friday, August 19, 2016

Co-Takaful dalam Perlindungan Takaful

Jika anda diberi pilihan untuk memilih pelan kad perubatan yang membayar yuran perubatan sepenuhnya ataupun anda perlu membayar sedikit daripada kos perubatan apabila anda di tahan di wad. Mana satu pilihan anda?

Pengendali takaful mempunyai statistik bahawa kebanyakkan peserta takaful memilih pelan kad perubayan yang melindungi penuh kad perubatan. Walaupun anda terpaksa membayar lebih daripada kos perubatan anda.

Faktor ini didorong juga dengan nasihat agen-agen takaful kepada peserta untuk memilih kad perubatan yang melindungi penuh kos perubatan. Ini adalah kerana mentaliti sebahagian daripada peserta takaful menyatakan bahawa jika mereka sudah bayar takaful, adakah perlu kami membayar lagi bil perubatan ini, pihak takaful perlu membayar.

Ko-takaful bermakna perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful. Seringkali diingatkan bahawa pengendali takaful berbeza mempunyai syarat ko-takaful yang berbeza. Jumlah ko-takaful adalah mengikut jumlah yang tertulis dalam sijil takaful anda. Sebagai contoh, pengguna kad Takaful Health 2 daripada Prudential BSN Takaful mengenakan ko-takaful sebanyak 10%, antara RM300-RM1000 untuk rawatan dalam hospital, manakala maksimum RM2000 untuk rawatan luar. Manakala Health Enrich mempunyai ko-takaful sebanyak 10% antara RM400-RM2000, untuk rawatan dalam hospital, manakala maksimum RM2000 untuk rawatan luar hospital. Tetapi, tiada ko-takaful dikenakan jika anda melakukan rawatan dialisis ataupun kanser.

Untuk kad perubatan terbaru daripada PruBSN iaitu Health Enrich+, istilah deduktibel digunakan. Diduktibel pernah digunakan dalam kad perubatan Takaful Health 2. Deduktibel bermaksud, peserta takaful perlu membayar jumlah yang tetap seperti mana dalam perjanjian polisi, sebagai contoh RM300.00 setiap kemasukan ke hospital bagi Health Enrich+.

Anda sebagai pengguna ingin memilih kad perubatan yang sesuai dengan budget anda, kad perubatan mana yang anda harus pilih?

Ko-takaful, ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan kad yang memberi perlindungan penuh. Pilihan ko-takaful ini amat bersesuaian jika seseorang itu mempunyai lebih daripada dua kad perubatan. Satu kad perubatan daripada plan yang lama atau kad perubatan daripada pengendali takaful yang lain, atau kad perubatan yang diberikan oleh majikan tempat anda bekerja. Kerana, jumlah yuran perubatan yang tidak dilindungi boleh dibayar oleh pengendali takaful yang lain. Dan ia bergantung kepada syarat kad perubatan kedua anda.

Ko-takaful bersesuaian, jika tujuan anda untuk memiliki kad perubatan ini adalah untuk tujuan kecemasan dan melindungi penyakit-penyakit, yang anda sendiri tidak mampu untuk mengeluarkan duit daripada kocek anda untuk membayar kos perubatan. Tetapi anda mampu membayar sebahagian daripada kos perubatan dengan jumlah yang tidak besar. Dan lazimnya, jika anda sihat pada hari ini, anda tidak mengalami apa-apa sakit kritikal tetapi anda takut pada masa hadapan ataupun perkara kecemasan, k0-takaful adalah pilihan anda yang tepat.

Jikalau anda lebih teliti, sesetengah takaful mempunyai perbezaan harga yang tinggi diantara ko-takaful dan perlindungai penuh. Sebagai contoh, jika anda memiliki kad ko-takaful anda perlu memberi sumbangan tahunan sebanyak rm3600 sahaja. Tetapi, jika anda memilih kad yang mempunyai manfaat yang sama tetapi perlindungan penuh, anda perlu memberi sumbangan sebanyak RM4200. Disini terdapat perbezaan harga RM600 setahun, yang anda boleh jimatkan setiap tahun.

Perbezaan harga yang dinyatakan tersebut terjadi kerana kadar tabaru’ yang dikenakan adalah berbeza. Mengikut pengalaman selama 10 tahun kad perubatan takaful yang ada di pasaran, pengendali takaful sebenarnya mempunyai kadar kemasukan wad yang jauh berbeza antara peserta yang memilih kad perubatan perlindungan penuh dan ko-takaful. Perkara tersebut juga boleh mempengaruhi jumlah tabaru’ yang dikenakan untuk pilihan kad perubatan perlindungan penuh.

Diharap perbentangan saya, berkenaan kad perubatan takaful memberi anda lebih kefahaman terutamanya anda yang masih tidak mempunyai kad perubatan persendirian ataupun yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ko-takaful. Jika bertanya kepada saya, kad perubatan mana yang anda pilih samada perlindungan penuh ataupun ko-takaful, saya akan memilih satu kad perlindungan penuh dan satu kad ko-takaful. Ini kerana, kadar inflasi perubatan meningkat secara mendadak. Dan satu kad perubatan boleh jadi tidak cukup dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Agen takaful pilihan anda.

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
019.271.7006
khairulanwar426@prupartner.com.my
www.khairulanwar.my


Artikel ini di karang berdasarkan pengalaman dan kajian dilakukan oleh En Khairul Anwar Bin Abu Mansor, Anda berhak untuk menyalin keseluruhan artikel ini dan perlulah dikreditkan ke laman web saya www.khairulanwar.my