Friday, February 28, 2014

Harta Pusaka Dalam Islam

oleh : khairul anwar bin abu mansor
Harta pusaka dalam Islam ialah semua harta atau hak yang bersifat harta yang dimiliki oleh seseorang yang ditinggalkannya pad masa kematiannya. Sumber utama hukum pusaka ialah al-Quran, as-sunnah dan ijma' Sahabah. Hukum harta pusaka yang tertulis sekarang adalah lengkap dan sangat komprehensif untuk manfaat semua pewaris harta.
Pembahagian harta pusaka dalam Islam lazim didengari dengan istilah Faraid yang bermaksud dari segi bahasa menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.  dan dari istilah syarak, adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagian kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll) menurut hukum Islam.
Namun sangat penting untuk pewaris harta, bahawa harta yang dibahagikan hendaklah DITOLAK segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenerkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 daripaada jumlah harta).
Harta  yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah
1. Tanah
2. Bangunan (rumah)
3. Barang kemas
4. Pampasan Takaful dan Wang tunai (samada dilaburkan atau tidak)
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan sebagainya.
Cara Pembahagian Harta Pusaka
1. Menyusun waris keluarga yang berhak menerima pusaka.
2. Meniliti golongan Ashabul-Furud (mereka yang mempunyai pembahagian yang ditetapkan). dan golongan yang Mahjid (waris gantian)
3. baki daripada (2) diberikan kepada golongan Asabah (golongan yang menerima baki setelah semua golongan yang (2) mendapat bahagian.  Asabah terdiri daripada 3 jenis
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
Golongan Ashabul Furud 
1. Ahli waris utama
(a) suami, isteri
(b) bapa
(c) Ibu
(d) anak perempuan
2. Ahli waris gantian
(a) bapa kepada bapa (gantian kepada bapa)
(b) ibu kepada ibu (menggantikan ibu)
(c) anak perempuan kepada anak lelaki simati (menggantikan anak lelaki)
3. Ahli waris sisi (hawasyi
(a) Waris sisi yang menjadi turunan kepada bapa, iaitu saudara lelaki/perempuan. Saudara lelaki/perempuan, iaitu seibu sebapa atau seibu/sebapa.
(b) golongan ini walaupun dalam golongan ashabul Furud, namun ia terkeluar sebagai penermia harta apabila terdapat bersama simati ahli waris lelaki yang berhubung nasab di peringkan golongan yang pertama dan kedua.
Golongan Asabah
Terdapat 3 golongan asabah
1. Asabah binafsih (asabah dengan diri sendiri )
2. Asabah bil-ghairi (asabah bersama dengan orang lain)
3. Asabah mall ghairi (asabah berserta dengan orang lain)
Tertib Asabah binafsih.
1. anak lelaki (AL)
2. cucu lelaki (CL)
3. cicit lelaki (CTL) dan kebawah4. bapa5. datuk dan keatas6. saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)7. saudara sebapa lelaki (SBL)
8. anak saudara seibu sebapa lelaki (ASIBL)
9. anak saudara sebapa lelaki (ASBL)
10. cucu saudara seibu sebapa lelaki (CSIBL)11. cucu saudara sebapa lelaki (CSBL)
12. bapa saudara seibu sebapa (BSSIB)
13. bapa saudara sebapa (BSSB)14. anak bapa saudara seibu sebapa lelaki (sepupu SIB)
15. anak bapa saudara sebapa lelaki (sepupu SB)16. cucu bapa saudara seibu sebapa lelaki (anak sepupu SIBL)17. cucu bapa saudara sebapa lelaki (anak sepupu SBL)18. datuk saudara seibu sebapa19. datuk saudara sebapa20. anak datuk saudara seibu sebapa lelaki (pak sepupu SIB)21. anak datuk saudara sebapa lelaki (pak sepupu SB) dan seterusnya waris-waris lelaki yang berketurunan sebelah bapa.
Dalam Asabah bil-gharir, bermakna seseorang itu mendapat asabah apabila simati ada meninggalkan waris lelaki dan perempuan yang sama darjat, dimana bahagian meereka telah ditetapkan iaitu bahagian lelaki dua kali bahagian perempuan. Empat golongan yang menerima asabah jenis ini
- anak lelaki dan anak perempuan
- cucu lelaki dan cucu perempuan
- saudara seibu sebapa lelaki dan saudara seibu sebapa perempuan
- saudara sebapa lelaki dan saudara sebapa perempuan.
Jenis yang terakhir iaitu Asabah beserta dengan orang lain bermakna waris wanita tertentu iaitu saudara seibu sebapa perempuan atau saudara sebapa perempuan menjadi asabah apabila simati ada meninggalkan bersertanya anak perempuan atau cucu perempuan dengan syarat tidak ada saudara seibu sebapa lelaki atau saudara sebapa lelaki yang mengasabahkan saudara perempuan tersebut menjadi asabah bil ghairi.
Mereka yang menajadi asabah jenis ini terdiri daripada
- Saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)
- Saudara sebapa perempuan (SBP).
Hanya satu golongan Asabah sahaja yang mesti wujud dalam golongan faraid. dan mestilah mengikut tertib seperti mana yang saya tertulis pada tertib Asabah binafsih.


No comments:

Post a Comment